Pandai guna kuasa jadi faktor Bersatu berjaya perkuda Umno dan Pas

Pandai guna kuasa jadi faktor Bersatu berjaya perkuda Umno dan Pas

Pilihanraya Negeri Sabah telah menyaksikan bagaimana Perikatan Nasional iaitu sebuah parti baru yang tidak sampai sebulan di daftarkan telah berjaya menguasai kerajaan Sabah mengatasi semua gabungan dalam GRS (Barisan Nasional dan PBS) dan seterusnya menjadi ketua menteri Sabah yang baru.

Parti Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional adalah sebuah parti yang mempunyai pemimpin lebih ramai daripada ahli berbanding dengan lain-lain parti dalam gabungan parti pro kerajaan seperti Umno, Pas malah kalau nak di bandingkan dengan ahli parti Amanah pun parti Bersatu ini jauh ketinggalan.

Namun begitu parti ini telah berjaya menjadi juara dalam jumlah kerusi yang di menangi di Sabah dengan 17 kerusi mengatasi Barisan Nasional yang mendapat hanya 14 kerusi dari 41 calon yang masuk bertanding dan seterusnya wakil parti ini di pilih untuk menjadi ketua menteri yang baru.

Jika sebelum ini parti Bersatu ini di pandang remeh oleh kawan dan lawan kerana katanya hanya jadi kerbau cucuk hidung kepada parti UMNO tetapi kini parti ini telah membuktikan bahawa mereka adalah King dalam percaturan politik di Malaysia hari ini.
Bukan saja satu persatu kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan dijatuhkan dengan cara mencuri malah melalui pilihan rakyat seperti Sabah pun di tumbangkan.

Makanya bagaimanakah sebuah parti kecil seperti Bersatu ini mampu untuk melakukannya walaupun semua kerja-kerja pilihanraya peringkat akar umbi di lakukan oleh ahli-ahli Umno dan Pas kerana parti ini semua orang tahu pemimpinnya lebih ramai dari ahli.

Sebabnya Mahyuddin bukan saja tahu menggunakan kuasa malah begitu pandai untuk menggunakan kuasa yang ada padanya sehingga menjadikan Umno yang konon-kononnya akan mahu menjadikan Bersatu sebagai batu lonjatan untuk kembali berkuasa akhirnya terpaksa tunduk kepada parti kecil seperti parti Bersatu.

Di peringkat pimpinan Umno, Mahyuddin menggunakan kuasa untuk mencengkam pemimpin Umno yang punya berbagai tuduhan salah laku manakala di peringkat akar umbi pula pemimpin Bersatu menggunakan kuasa untuk menjadikan ahli umno sebagai hamba sahaya melaksanakan kerja-kerja pacak bendera dan pasang poster.

Inilah fungsinya kuasa yang bukan saja mampu untuk tundukan musuh yang berlawan malah kawan yang berkawan pun tidak berani untuk panggung kepala parti Bersatu yang kecil ini.

Ini yang pemimpin Pakatan Harapan patut belajar bila ada kuasa.

Sumber :

COMMENTS