Panas !!! Umno bincang dengan DAP?, ini jawapan Zahid Hamidi

Panas !!! Umno bincang dengan DAP?, ini jawapan Zahid Hamidi

Sejak kebelakangan ini, ada spekulasi daripada beberapa pihak mengatakan saya akan bersekongkol dengan DAP.

Dalam program Terus Terang yang dikendalikan moderator, Dato Rafi Awang Kechik menerusi Facebook NR Channel TV.Net malam tadi, ini adalah kenyataan saya.

Jajaran Baharu

“Kenyataan itu keluar daripada lisan saya selepas saya menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Ketika itu kita tahu ada ‘processing’ menggantikan Menteri Besar (MB) Perak yang baharu, dengan tidak berhasrat meruntuhkan kerajaan di negeri itu atas nama Perikatan Nasional (PN).

Jajaran baharu itu timbul kerana dua parti yang bersama UMNO tidak mahu mendokong MB yang baharu.

Maka tentunya ketidakcukupan beberapa kerusi memerlukan jajaran baharu untuk mengabsahkan jawatan MB ketika itu.

Terdapat 3 parti pembangkang yang dilihat bahawa dengan kerjasama UMNO ketika itu dan tiga parti lain mendokong kepada pemilihan seorang MB baharu.

Bayangkanlah 48 yang beri undi tidak percaya, 10 menyokong undi percaya dan seorang berkecuali. Maka tentunya dari segi perkiraan politik melihatkan 48 lagi banyak daripada 10.

Apabila Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak berkenan memilih seorang MB baharu yang mewakili UMNO iaitu Dato Sa’arani Mohamad, perkara pertama yang dilakukan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah melakukan undi percaya.

Daripada 59 ADUN, MB sekarang mendapat 59 dokongan daripada 59 ADUN secara keseluruhan. Kedudukannya diabsahkan oleh ADUN dan ini adalah jajaran baharu.

Saya beritahu MB Perak supaya jajaran baharu ini diterjemahkan dalam bentuk CSA iaitu ‘Confident Supply Agreement’. Beberapa peruntukan diperolehi ADUN kerajaan itu juga jumlah peruntukannya diberikan kepada ADUN pembangkang.

Itulah jajaran baharu.

Adakah dengan jajaran baharu itu kita membawa masuk sesebuah parti bersama dengan kita ?

Adakah perkara yang dipersoalkan iaitu DAP sebahagian daripada kerajaan, tidak kan?

Adakah AMANAH sebagai kerajaan, tidak kan? Adakah PKR sebahagian kerajaan, tidak kan?

Inilah dinamakan jajaran baharu.

Saya juga berbincang dgn MB Johor. Jajaran baharu di Johor juga menggunakan CSA. Semua ADUN di Johor, apa parti sekalipun sama ada kerajaan atau pembangkang diberi peruntukan sama.

Jadi kematangan politik itu berbeda dan berubah. Dan ia merupakan paradigma baru.

Jangan meletakkan label bahawa kita mahu bersama parti itu seolah olah ia adalah sebahagian daripada kita.

Kita harus matang dengan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan berbanding kepentingan politik sempit mana-mana parti politik”.

Jadi anda dapat menilai? – FB