Panas !!! Tumpuan kepada peruntukan kementerian Azmin esok

Panas !!! Tumpuan kepada peruntukan kementerian Azmin esok

Wilfred Madius Tangau (Upko-Tuaran) mengemukakan usul agar peruntukan kepada Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (Miti) bagi mengadakan persidangan Apec 2020 dipotong sebanyak RM20 juta.

Berdasarkan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021, kementerian itu meminta peruntukan RM25 juta untuk persidangan itu, yang berlangsung secara dalam talian pada Nov.

Tahun ini, kerajaan daripada 21 negara termasuk kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China dan Rusia terlibat dalam persidangan itu yang mana Malaysia menjadi tuan rumah kali terakhir pada tahun 1998.

Belanjawan 2020 memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan Apec 2020.

Bagi belanjawan tahun depan, RM2.5 juta diperuntukkan sebagai gaji, manakala RM22.5 juta diperuntukkan untuk perkhidmatan dan bekalan.

Dalam usulnya, Wilfred mencadangkan agar peruntukan RM25 juta dikurangkan kepada RM5 juta, dengan penjimatan RM20 juta digunakan untuk membangunkan projek Taman Teknologi Sabah yang dikendalikan oleh Miti.

Dalam suratnya kepada setiausaha Dewan Rakyat, Wilfred berkata dia mahu membangkitkan usul tersebut semasa perbahasan peringkat jawatankuasa yang sedang berlangsung berkenaan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.

Dalam satu kenyataan, Wilfred berkata peruntukan RM20 juta untuk membangunkan projek Taman Teknologi Sabah akan memberikan galakan yang besar untuk menarik pelabur ke negeri itu.

“Usaha menarik pelabur dalam industri sangat penting, memandangkan sumbangan industri kepada KDNK Sabah sangat rendah, hanya 7.2 peratus,” katanya.

Wilfred sebelum ini adalah timbalan ketua menteri Sabah, bekas menteri perdagangan dan perindustrian sabah dan bekas menteri sains, teknologi dan inovasi.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/553472

COMMENTS