Panas!!! “Tukar kerajaan dan bentuk kabinet yang berfungsi”, jawapan doktor kanan ini mengejutkan Rafizi

Panas!!! “Tukar kerajaan dan bentuk kabinet yang berfungsi”, jawapan doktor kanan ini mengejutkan Rafizi

“Cara terbaik jika awak mahu membantu hospital, pergi pimpin ‘rampasan kuasa’ dan bentuk Kabinet yang berfungsi dan memahami macamana mahu menguruskan krisis.”

Itulah jawapan sinis seorang doktor kanan kepada Rafizi Ramli, bekas naib presiden PKR yang kini mahu berehat dari terlibat dalam politik.

Rafizi menulis jawapan dari rakannya ini ketika beliau bertanya apakah beliau boleh menjadi seorang sukarelawan untuk membantu hospital tempat rakan beliau itu bekerja.

Namun, itulah jawapan kawannya kepada Rafizi ketika beliau mahu membantu hospital yang kini sedang menguruskan lambakan pesakit Covid-19.

Menurut Rafizi, beliau bertanya kawannya itu bagaimana caranya kalau beliau mahu menjadi sukarelawan di hospital.

“Jadi saya hantar mesej kepada kawan baik saya yang merupakan seorang doktor kanan.

“Saya tidak suka jawapannya tetapi mungkin anda suka,” tulis Rafizi mengenainya melalui twitter beliau.

Ciapan Rafizi ini telah mendapat 4,110 retweet dan hampir 8,000 orang yang suka mengenainya.

Pelbagai pihak menyokong cadangan rakan doktor kepada Rafizi itu dan meminta Rafizi melakukan cadangan itu dengan mengusahakan agar kerajaan yang ada ditukar.

Faiz abd Majid membalas ciapan Rafizi itu dengan berkata, “Semua orang perlukan you sir.”

Dato’ AR pula membalas, “Maaf Rafizi Ramli. Saya mendapat jawapan yang sama dari isteri dan kakak saya. Kedua-duanya doktor.”

Felixa pula menulis, “Saya suka jawapannya dan awak patut melakukannya.” –MD