Panas !!! Tak mustahil nelayan,penoreh atau pemandu grab kena saman dengan PM kelak – Puad

Panas !!! Tak mustahil nelayan,penoreh atau pemandu grab kena saman dengan PM kelak – Puad

Hari ini Peguam saya akan menjawab surat LOD (letter of demand) Peguam TS Muhyiddin.

Alhamdulillah lega. Selesai pusingan pertama. Maklumlah memang tidak biasa main peguam kerana tidak pernah disaman. Apa lagi saman oleh individu yang bertaraf Perdana Menteri.

Rupanya dalam bab saman tidak timbul isu “antara dua darjat”. Satu hari nanti tidak mustahil akan ada nelayan, penoreh atau pemandu grab yang akan disaman oleh Perdana Menteri.

Kalau begitu tidak salah saya mohon berdebat dengan TS Muhyiddin sebelum berjumpa di Mahkamah. Orang tidak boleh kata, bukan taraf PM untuk berdebat dengan saya.

Kalau saman boleh, kenapa debat tidak boleh? Semoga SINAR, ASTRO atau RTM boleh jadi host.

Debat bukan kerana ego. Bukan untuk “cari siapa yang salah, tetapi cari apa yang salah”.

Sumber :