Panas!!! PU Syed sekolahkan Menteri Besar Kedah, apa dah jadi?

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pencetus Ummah, PU Syed Mohd Bakri, menyeru para ulama di Kedah untuk menegur kelakuan Menteri Besar negeri tersebut, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Seruan PU Syed ini dibuat selepas tularnya rakaman video yang memaparkan

Pemimpin PAS tersebut yang dilihat sangat ‘syok’ menyanyi di atas pentas.

Menurutnya, tindakan Sanusi yang menyanyi sambil dikelilingi oleh beberapa penari kanak-kanak perempuan adalah tidak wajar bagi seorang pemimpin PAS.

Perbuatan Sanusi ini bukan sahaja mencemarkan imejnya sebagai wakil rakyat, tetapi juga tidak mencerminkan akhlak pemimpin yang sepatutnya menjunjung agama Islam.

Panas!!! PU Syed sekolahkan Menteri Besar Kedah, apa dah jadi?

“Adakah kalian ingin melakukan pembaharuan tetapi menyalahi kepimpinan ulama? Para ulama di Kedah, khasnya, tolong tegur secara tegas terhadap MB kesayangan rakyat Kedah agar lebih berhati-hati.

“Supaya perkara ini tidak menjadi isu kepada pihak lawan. Tegur tanda sayang. Tetapi jika kerap ditegur namun masih tidak mendengar, saya harap digantikan dengan MB yang baharu.

“Jagalah himmah sebagai pemimpin gerakan Islam,” mohon pendakwah bebas itu dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

PU Syed juga menggesa Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu untuk berhenti menyanyi kerana ia menunjukkan contoh yang tidak baik kepada pengikutnya.

Jelasnya, masih banyak perkara yang boleh dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu tanpa mengundang pandangan negatif terhadap parti.

“Wahai YAB DS MB (Yang Amat Berhormat Datuk Seri Menteri Besar), cukup-cukuplah menyanyi. Banyak perkara lain yang boleh dilakukan selain menyanyi. Kali ini video yang tersebar disertakan dengan tarian di belakang.

“Ianya sangat tidak bagus! Saya sangat tidak setuju jika pemimpin PAS menunjukkan contoh sebegini kepada khalayak ramai atas alasan berhibur dan menghiburkan,” tegasnya.

BACA: Bersatu sejak kawan dengan PAS bukan saja “underdog”, tetapi “dog” – Bekas pemimpin Bersatu