Panas !!! PH masih curiga tawaran PM, namun bersetuju untuk capai kestabilan politik

Pakatan Harapan (PH) mengambil kira pandemik Covid-19 yang parah dan keadaan ekonomi dalam mempertimbangkan perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) dengan pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PH tidak boleh menutup mata dengan “derita rakyat” akibat wabak dan menyelesaikan permasalahan ini menjadi keutamaan dalam keadaan sekarang untuk Malaysia.

“Di bawah krisis nasional yang begitu parah, ada keperluan mendesak untuk mencari landasan bersama bagi kebaikan semua untuk menang dalam pertempuran melawan Covid-19 dan kemelesetan ekonomi demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

PH masih curiga tawaran PM, namun bersetuju untuk capai kestabilan politik

“Penderitaan rakyat perlu diutamakan. Meskipun adanya ketidakpercayaan sama ada janji-janji reformasi tersebut akan ditunaikan, tawaran reformasi oleh Ismail perlu dipertimbangkan dengan syarat ia memiliki garis masa pelaksanaan yang ditetapkan dan disertai dengan pembaharuan dalam ekonomi dan penjagaan kesihatan awam,” katanya lagi.

Katanya, pembaharuan itu perlu merangkumi Pelan Pemulihan Ekonomi bernilai RM45 bilion dan pengecualian faedah dalam tempoh moratorium pinjaman bank.

Lim juga mencadangkan Pelan Reset Covid-19 Negara untuk mengurangkan kematian dan jangkitan.

Perlu ada pendekatan seluruh masyarakat terhadap reformasi dalam politik, ekonomi dan penjagaan kesihatan awam, katanya, dengan penglibatan masyarakat sivil, untuk memenangkan perjuangan melawan Covid-19 dan menghidupkan kembali ekonomi.

“Mengetepikan kepentingan politik untuk mengambil pendekatan bipartisan bukanlah mudah.

“Tetapi kita perlu berani berusaha demi menyelamatkan bukan sahaja anak muda tetapi juga masa depan anak muda negara,” katanya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan terdapat kebimbangan di kalangan pemimpin PH bahawa gabungan itu secara keliru akan dilihat sebagai mengesahkan semua tindakan kerajaan dengan perjanjian CSA.

Pemimpin tertinggi PH, Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Ismail Sabri telah terlibat dalam proses perundingan sejak bulan lalu.

Pada kenyataan bersama pertama mereka selepas pertemuan 25 Ogos, kedua-dua pihak berkata mereka setuju antaranya untuk memperkukuhkan institusi parlimen.

Pada hari Jumaat, Ismail Sabri dalam satu kenyataan mengumumkan kabinet bersetuju dengan tujuh pembaharuan institusi.

Menanggapi hal ini, PH semalam berkata pihaknya cenderung untuk menerima memorandum persefahaman yang ditawarkan oleh perdana menteri, tetapi memerlukan “penambahbaikan draf yang perlu disempurnakan oleh kedua belah pihak sebelum diselesaikan.”

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata dia menyambut baik kenyataan mengenai penambahbaikan itu dan menganggapnya sebagai permulaan yang baik.

Dalam kenyataan berasingan, Lim mengalu-alukan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang melantik Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim sebagai penyelaras Covid-19 antara Kerajaan Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat.

“Pelantikan Steven Sim ini diperlukan untuk mencari usaha bersama bagi mematahkan kenaikan jangkitan Covid-19,” katanya.

Menurut Lim, Pulau Pinang tidak dapat menyelesaikan isu peningkatan jangkitan dan kematian kerana “sejak sekian lama” negeri itu kekurangan sumber tenaga dan kemudahan.

“Ini walaupun barisan hadapan melakukan pekerjaan yang luar biasa,” jelasnya lagi.

“Penyebaran Covid-19 dalam komuniti sangat kritikal terutamanya dengan kepadatan penduduk Pulau Pinang yang tinggal di persekitaran tertutup. Saya ingin memuji Menteri Kesihatan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kerana menyedari betapa seriusnya keadaan Covid-19 di Pulau Pinang dan menerima cadangan saya untuk menyelesaikan masalah ini dengan melantik Steven sebagai Penyelaras Covid-19 yang dapat membolehkan kita bersama-sama menang dalam pertempuran melawan Covid-19 ini,” kata Lim.

Steven mempunyai tugas yang besar sekarang, kata Lim tetapi dengan sokongan baik daripada Khairy dan Chow, serta memanfaatkan kepakaran profesional sektor perubatan swasta, “perubahan dalam cara mengurus Covid-19 mungkin berjaya.”

“Memenangi pertempuran melawan Covid-19 untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat bukan hanya memerlukan landasan bersama tetapi juga usaha keseluruhan masyarakat untuk kebaikan semua,” tambahnya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/591068

BACA JUGA : Apa beza kematian dilaporkan dengan kematian sebenar? Ini penjelasan KKM

CATEGORIES