Panas !! PH Johor buka pintu kepada Adun PN

Panas !! PH Johor buka pintu kepada Adun PN

Pakatan Harapan (PH) Johor bersedia menerima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN) terutama mereka yang bersama PH ketika Pilihan Raya Umum ke-14 ( PRU14) lalu.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, kemungkinan kedudukan PN di Johor goyah jika UMNO memutuskan untuk menarik diri daripada menyokong PN.

Katanya, jika UMNO yang kini mempunyai 14 ADUN memutuskan menarik sokongan, kedudukan kerajaan PN Johor dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sukar ditentukan kerana bilangan kerusi hanya 29 manakala PH 27 kerusi.

“PH Johor sedia terima mana-mana ADUN tetapi mereka perlu ikhlas dan tidak mengharapkan habuan kerana kami PH merupakan sebuah parti yang menjaga kepentingan dan kestabilan negeri.

“Kita kembalikan mandat rakyat dalam pilihan raya lalu dengan menitikberatkan kebajikan dan hak mereka dan bukan mengejar jawatan,” katanya dihubungi hari ini.

Aminolhuda berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam berhubung parti itu sedang membuat pertimbangan untuk menarik sokongan yang diberikan gabungan PN.

Kedudukan kerajaan negeri Johor ditadbir Perikatan Nasional ( PN) kini memiliki jumlah kerusi sebanyak 29 berbanding pembangkang Pakatan Harapan ( PH) 27 kerusi, menyaksikan jumlah bilangan kerusi agak tipis.

Pecahan kerusi bagi PN iaitu UMNO (14) Bersatu (12), MIC ( 2) dan Pas ( 1) manakala PH disertai DAP (14), Amanah (9) dan PKR (4).

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/105323/BERITA/Politik/PH-Johor-terbuka-terima-ADUN-PN-yang-tidak-mengharapkan-habuan

COMMENTS