Panas !!! Penubuhan jawatankuasa bebas secara tersirat akui kegagalan kabinet PN – Peguam

Panas !!! Penubuhan jawatankuasa bebas secara tersirat akui kegagalan kabinet PN – Peguam

Melalui kenyataan ini adalah sahih bahawa kuasa untuk mengisytiharkan darurat ini terletak kepada budi bicara YDPA. Perdana Menteri hanya boleh memohon perkenan.

Permintaan untuk darurat ini telah dipersetujui oleh kabinet. YDPA juga telah mendapatkan pandangan daripada Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Pengerusi SPR dan Majlis Raja-Raja.

Alasan utama dan tersurat adalah kerana COVID-19. Darurat akan berakhir pada 1 Ogos 2021 atau tarikh yang lebih awal. Satu Jawatankuasa Bebas yang dianggotai oleh ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan akan ditubuhkan untuk mengesyorkan sekiranya perlaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Tidak dinyatakan secara jelas sama ada Jawatankuasa Bebas ini juga akan mentadbir negara dan mengambilalih kerajaan atau Jawatankuasa Bebas ini hanya terhad kuasanya berkaitan Covid-19 sahaja.

Penubuhan Jawatankuasa Bebas ini jika dihadkan kepada urusan Covid-19 sahaja bermakna kerajaan PN ini secara tersirat mengakui kegagalan kabinet dan khasnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara gagal dalam menangani Covid-19.

Akan tetapi sekiranya Jawatankuasa Bebas ini mempunyai kuasa melampaui isu Covid-19 dan termasuk mengambil alih pentadbiran negara maka ini dilihat sebagai langkah untuk kestabilan politik. Ini juga mungkin yang tersirat kerana YDPA turut memanggil Pengerusi SPR menghadapnya. Mungkin juga kerana ada desakan UMNO untuk membubarkan Parlimen menyebabkan YDPA bersetuju dengan cadangan darurat ini. Mungkin juga ini langkah TSMY untuk kekal sebagai PM.

Jika ditanyakan kepada saya maka lebih afdhal bagi YDPA memberikan amanah untuk mempengerusikan Jawatankuasa Bebas ini kepada seorang yang dipercayai oleh YDPA untuk dapat mengawal Covid-19. Saya nampak yang selayaknya adalah mantan Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang sudah ada pengalaman yang cukup dan jaringan dengan ramai pakar kesihatan awam. Ilmu beliau juga berkaitan Covid-19 ini nampaknya sangat mantap.

Saya juga berpandangan bahawa sewajarnya kabinet terus digantung sama seperti digantung Parlimen daripada bersidang sehingga lekuk Covid-19 yang meningkat ini dapat dikendurkan. Sekiranya Tan Sri Muhyiddin dan kabinet yang ada ini masih kekal dikhuatiri kestabilan politik terus tidak dapat diwujudkan dengan adanya desakan daripada UMNO untuk menarik diri daripada kerajaan. Jika kestabilan politik tidak wujud maka kestabilan ekonomi dan kestabilan Covid-19 juga tidak akan wujud.

Saya juga berpendapat Jawatankuasa Bebas ini seharusnya diberikan kuasa sama seperti kabinet supaya Jawatankuasa Bebas ini tidak terhalang daripada membuat apa-apa undang-undang dan supaya hanya ada satu command center. Jika kabinet ini TSMY ini masih ada maka takkanlah Jawatankuasa Bebas ini terpaksa menghadap PM untuk mendapatkan apa-apa kelulusan bagi mewujudkan apa-apa Ordinan baharu. Jawatankuasa Bebas ini sepatutnya terus melaporkan kepada YDPA dan tidak perlulah untuk lalu melalui orang politik terlebih dahulu.

Wallahualam.

Dr Zulqarnain Lukman
12/1/2021

Sumber :

COMMENTS