Panas!! Penjualan simkad dah daftar dalam pasaran oren

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Dengan hanya bermodalkan kurang daripada RM15, sesiapa sahaja boleh membeli kad SIM yang telah didaftarkan melalui platform e-dagang tanpa perlu melalui proses pendaftaran rasmi.

Pembeli hanya perlu menunggu kad SIM dihantar oleh perkhidmatan kurier.

Sebaik sahaja kad diterima dan dimasukkan ke dalam telefon pintar, ia sedia untuk digunakan.

Pengguna hanya perlu menambah nilai untuk melanjutkan tempoh sah kredit tanpa perlu memuat naik maklumat identiti kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Cubaan wartawan untuk membeli kad SIM ini di platform e-dagang membuktikan prosesnya sangat mudah.

Panas!! Penjualan simkad dah daftar dalam pasaran oren

Setelah pembayaran dibuat, hanya mengambil masa tiga hingga empat hari untuk kad tersebut tiba. Malah, pembeli diberi pilihan untuk memilih nombor telefon mengikut kombinasi kegemaran.

Pemerhatian mendapati terdapat lambakan penjualan kad SIM berdaftar di platform tersebut tanpa sebarang kawalan. Pengguna hanya perlu mencari kata kunci seperti “SIM card registered” di ruangan carian, dan ratusan penjual menawarkan perkhidmatan tersebut.

Salah satu penjual menjelaskan melalui ruangan chat bahawa semua kad SIM yang dijual telah didaftarkan atas nama pihak ketiga. Pembeli hanya perlu memasukkan kad ke dalam telefon pintar untuk mula menggunakannya.

Beberapa kad SIM yang ditawarkan mempunyai tempoh sah kredit sehingga 100 hari tanpa perlu tambah nilai, manakala sebahagian lagi memiliki tempoh sah selama 60 hari.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan tentang kawalan pendaftaran kad SIM, sekaligus membuka peluang penyalahgunaan untuk tujuan yang tidak sah.

BACA: Khabib tampil dedah cerita sebenar dihalau keluar dari pesawat