Panas!! Pemimpin Pas berharap peralihan kerajaan berlaku dengan aman

Panas!! Pemimpin Pas berharap peralihan kerajaan berlaku dengan aman

Lagi dua hari Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mempersembahkan jumlah majoriti Ahli Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong, ada pemimpin Pas berharap negara “terpelihara daripada kekacauan politik”.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor berpendapat keadaan huru-hara tidak perlu di negara ketika Pas kini sebahagian komponen parti pemerintah.

“Semoga tanahair kita terpelihara daripada kekacauan politik, huru hara dan bentrokan yang tak perlu.

“Moga baik-baik sahaja negara jiran kita, Indonesia dan Thailand,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini sambil turut memuatnaik rakaman video unjuk rasa di Indonesia.

Sebelum Langkah Sheraton, Riduan dikenali sebagai antara pemimpin Pas yang ‘kaki demo’ dengan turut terlibat menggerakkan protes di jalanan termasuk ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ekoran catatannya itu, sejumlah komentar mengecamnya termasuk menganggap Riduan menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat menjelang perubahan kerajaan di bawah pimpinan Anwar.

“Macam nak doa bagi huru-hara saja ustaz,” komen pengguna Facebook, Muhd Abdullah.

Sementara itu, Mazuan Mansor menyifatkan rasa tidak puas hati perlu mungkin tidak perlu dipedulikan apabila sudah menduduki Putrajaya.

“Ada banyak buku-buku tulisan dia tak lepas dari petikan momen indahnya menggerakkan massa turun dan beraksi di jalanraya.

“Hari ini bagi dia, itu semua sebuah kekacauan politik, huru-hara dan bentrokan yang tak perlu.

“Bila dah jadi sebahagian daripada pemerintah, kemarahan rakyat adalah suatu yang harus diabaikan barangkali,” bidasnya.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/kaki-demo-pas-harap-tiada-kekacauan-politik-menjelang-peralihan-kerajaan/