Panas !!! Pemimpin Pas bengang partinya dipersalahkan bila umat Islam tak dapat solat jemaah

sembang kari

Tahap bencinya adun Titi Serong pada PAS sampai merendahkan akal budinya ke tahap sampah. Dulu PAS, keluar PAS masuk Amanah, menang bertanding, jadi EXCO, hilang jawatan EXCO kerana bertukar kerajaan, menangis melolong macam budak kecil berhingus hilang mainan, road show beberapa tempat, hentam kerajaan baru, tiba-tiba, kering je air mata, lompat jadi bebas kejap, sokong kerajaan PN dan MB Peja, masuk BERSATU, tak dpt tempat dalam kerajaan, sokong pulak usul yang Adun UMNO bawa untuk tolak Peja, sokong UMNO jadi MB, kena pecat pulak dari BERSATU, sekarang cakap merapu-rapu.

Orang macam ni boleh pakai ke kepala otak dia.

Mengapa salahkan PAS ? Hal ehwal agama ni bawah siapa di setiap negeri, klu nak salahkan kerajaan, di Perak siapa yang jaga portfolio agama sekarang, mengapa tak tanya dan persoal MB yang jaga agama dalam sidang DUN baru ni, EXCO PAS pulak yang kamu belasah.

Panas! Pemimpin Pas Perak ‘mengamuk’ dengan Adun Bebas

Di Pusat dulu, Menteri yang jaga agama bukan dari PAS, bekas Mufti Wilayah yang dipilih sendiri oleh PM, dia sudah buat yang terbaik waktu itu, tetapi tetap tidak boleh mengatasi kuasa Agung dan Sultan dalam hal ehwal agama.

Sekarang baru PAS ambil alih, tak sampai sebulan pun, gaji pertama Menteri pun tak dapat lagi. Menteri Agama, YB Ust Idris sudahpun buat kenyataan mengarahkan JAKIM menyediakan SOP baru berkaitan Solat di Masjid dan Surau supaya bagi peluang umat Islam solat di masjid dan surau terutama Solat Jumaat, itupun tertakluk kepada kerajaan negeri yang hal ehwal agama pula di bawah kuasa Tuanku Raja-Raja Melayu yang kita muliakan.

Sebab itu, di Perak yang keluarkan pekeliling berkaitan dengan agama seperti SOP solat di masjid datangnya dari Majlis Agama Islam Perak (MAIPK), ia bawah Tuanku. Pejabat Setiausaha kerajaan negeri @ pejabat YAB MB yang jaga agama tak keluarkan pekeliling berkaitan dengan agama.

Sebenarnya kamu pertikai Raja-Raja Melayu yang bertanggungjawab akan hal ehwal agama di setiap negeri. Tapi kamu tak berani dicop derhaka kerana pertikai Sultan, PASlah yang jadi mangsa akibat kedangkalan dan kejahilan berfikir kamu.

Pemimpin Pas bengang partinya dipersalahkan bila umat Islam tak dapat solat jemaah

Berita Penuh : https://perakinsights.com/2021/09/16/panas-pemimpin-pas-perak-mengamuk-dengan-adun-bebas/

BACA JUGA : Lelaki ancam simbah asid, cederakan anak kerana isteri minta cerai

CATEGORIES