Panas!! Pemimpin Bersatu Sabah umum keluar parti

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Aksyah Nasrah, hari ini mengumumkan bahawa beliau telah keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan melepaskan semua jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

Dalam pengumuman tersebut, Aksyah turut menyatakan sokongannya kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah,

Datuk Seri Ronald Kiandee, pada 28 Disember 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aksyah menegaskan bahawa keputusan untuk meletakkan jawatan ini adalah sepenuhnya atas keputusan peribadinya dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Panas!! Pemimpin Bersatu Sabah umum keluar parti

Seiring dengan peletakan jawatan tersebut, Aksyah juga menyatakan sokongan padu kepada Hajiji, yang juga Pengerusi GRS, serta perjuangan parti itu dalam mempertahankan hak dan kepentingan Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

Beliau turut memuji slogan “Rumah Kita, Kita Jaga” yang sering ditekankan oleh Hajiji, yang dianggapnya sebagai naratif yang sangat tepat untuk memastikan Sabah dipimpin dan diurus oleh parti tempatan, sambil mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan.

Aksyah juga memuji kejayaan besar Hajiji dalam menyatupadukan pemimpin dan rakyat Sabah di bawah satu gabungan politik, GRS, yang menjadi teras kepada kemajuan negeri. Menurutnya, perpaduan rakyat Sabah adalah elemen utama dalam mencapai kemajuan dan kejayaan negeri.

“Melalui penyatuan semua parti tempatan yang mewakili majoriti rakyat Sabah, saya yakin Hajiji dan GRS akan membawa negeri Sabah ke arah kemajuan yang lebih besar, dalam semua sektor dan bidang, demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” tambahnya.

BACA: Populariti Aisar Khaleed meningkat di Indonesia sampai terpaksa di kawal Polis, kalah artis Malaysia