Panas!!! Naib presiden Pas akui hubungan Pas-Bersatu hambar

Oleh AHMAD SULAIMAN

Hubungan antara PAS dan Bersatu perlu diberi lebih tumpuan untuk mempererat kefahaman, kata Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Moktar,

ketika mengulas desas-desus mengenai hubungan dingin dalam komponen Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mendakwa hubungan antara PAS dan Bersatu mengalami keretakan,

Terutama setelah PN kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, Sabtu lalu.

Namun, beliau yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu menjelaskan bahawa tiada isu serius yang dapat menjejaskan kerjasama mereka setakat ini.

Panas!!! Naib presiden Pas akui hubungan Pas-Bersatu hambar

“Saya percaya dalam mana-mana organisasi, hatta dalam keluarga, pasti ada isu-isu atau perkara-perkara yang memerlukan pelarasan dari segi kefahaman (untuk mempererat kerjasama).

“Saya tidak ingin berada dalam keadaan menafikan perkara ini… nak katakan kita semuanya sempurna adalah mustahil kerana tiada sesiapa yang sempurna dalam mana-mana organisasi.

Tetapi, sebenarnya tiada perkara serius yang tidak boleh kita tangani… bagi saya, ini adalah perkara biasa yang boleh kita selesaikan dan perkuatkan muafakat dalam PN,” katanya menurut Sinar Harian.

Dalam PRK Mahkota, calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, menang dengan majoriti 20,648 undi, menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar, yang hanya meraih 7,347 undi.

Ahmad Samsuri menegaskan bahawa kemenangan atau kekalahan dalam PRK tidak mencerminkan kekuatan sebenar sesebuah parti, dan ia tidak mewakili sepenuhnya suara rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau memberi contoh bahawa BN pernah menang besar dalam dua PRK sebelum tumbang pada PRU 2018.

Oleh itu, ini membuktikan bahawa PRK bukanlah ukuran kekuatan yang sebenar, katanya.

BACA: Mahkamah kekal hukuman mati keturunan ‘Sultan Sulu’, ini respon Menteri Undang-undang