Panas !!! MT Umno terus gasak Muhyiddin supaya turunkan ego

Panas !!! MT Umno terus gasak Muhyiddin supaya turunkan ego

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menurunkan ego dan mencari sokongan majoriti agar Bajet 2021 dapat diluluskan di parlimen.

Ahmad Shabery berkata, tidak ada jalan pintas untuk Muhyiddin mengekalkan kuasa jika situasi politik tidak stabil.

“Bajet dua minggu lagi perlukan kelulusan parlimen. Tanpa sokongan majoriti kita tak tahu apa akan berlaku.

“Yang berkuasa kena turunkan ego untuk mendapatkan sokongan. Rundingi semua pihak. Pasti memenatkan. Tidak ada jalan pintas,” catatnya di Facebook.

Bekas ahli parlimen Kemaman itu berkata negara kini mengalami krisis politik dan memerlukan langkah serta kepimpinan yang luar biasa.

Kebelakangan ini beberapa desakan menuntut agar Muhyiddin meletakkan jawatan selepas didakwa hilang sokongan majoriti ahli parlimen.

Malahan Umno juga memutuskan tidak menyertai Perikatan Nasional dan mahu kekal dengan gabungan Muafakat Nasional bersama PAS.

Muhyiddin kemudian mengusulkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar mengisytiharkan darurat, dilihat sebagai cubaannya mengekalkan kuasa tanpa sokongan majoriti.

Namun cadangan itu ditolak Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menganggap tiada keperluan untuk melaksanakannya di negara ini atau mana-mana bahagian negara ini.

Berita penuh : https://www.projekmm.com/news/berita/2020/10/27/shabery-cheek-gesa-muhyiddin-turunkan-ego-cari-majoriti-lulus-bajet/1916867

COMMENTS