Panas !!! Maszlee dedah lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik terkejut dan terkilan apabila mendapati sejumlah 21,316 pelajar di negara ini telah berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai tahun ini.

Melalui perkongsian ciapan di Twitternya, bekas Menteri Pendidikan itu turut melampirkan jawapan bertulis Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Mohd Radzi Md Jidin sebagai respons soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad di Parlimen.

Maszlee terkejut lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah

Bekas Menteri Pendidikan itu turut melampirkan jawapan bertulis Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Mohd Radzi Md Jidin sebagai respons soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad di Parlimen.

“Apakah yang telah berlaku kepada Malaysia?,” ciapnya.

Dalam soalan bertulis itu, Noor Amin meminta Mohd Radzi menyatakan jumlah pelajar yang berhenti persekolahan dari Mac 2020 sehingga kini.

Mohd Radzi menjelaskan, berdasarkan data bagi tempoh Mac hingga Disember 2020, murid yang berhenti sekolah adalah seramai 11,301 orang atau 0.24 peratus murid manakala bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, seramai 10,015 orang atau 0.21 peratus murid direkodkan berhenti sekolah.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan murid yang berhenti persekolahan bagi tempoh Mac 2020 hingga Julai 2021 adalah 21,316 orang atau 0.22 peratus murid.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendefinisikan keciciran daripada sistem pendidikan sebagai situasi yang mana murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat atau menghabiskan tempoh pendidikan.

BACA JUGA : Panas !!! Dakwaan Umno langgar piagam, Tok Mat ‘sekolahkan’ Pas
Semakin didedah Najib, semakin terbukti tahap integriti Tun M

CATEGORIES