Panas !!! Khairy dedah 1,751 kematian dilaporkan babit individu lengkap vaksin

Sebanyak 1,751 atau 7.5% kes kematian membabitkan individu sudah lengkap divaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Khairy berkata sebanyak 5,431 atau 23% kes kematian pula membabitkan individu satu dos vaksin.

Beliau berkata, angka berkenaan direkodkan berdasarkan kes kematian akibat Covid-19 setakat 22 Sept iaitu 24,565 kes.

Khairy dedah 1,751 kematian dilaporkan babit individu lengkap vaksin

Kematian yang berlaku disebabkan jangkitan Covid-19 adalah 0.013% bersamaan dengan 130 orang daripada sejuta populasi yang lengkap divaksinasi, kata Khairy Jamaluddin. (Gambar Bernama)

“Jika dibandingkan dengan populasi Malaysia yang mendapat dua dos vaksinasi sehingga 22 Sept (18,986,347 individu), kematian yang berlaku disebabkan jangkitan Covid-19 dalam kalangan yang mendapat vaksinasi lengkap adalah 0.013% bersamaan 130 orang daripada sejuta populasi yang lengkap divaksinasi,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang mahu dimaklumkan mengenai status vaksinasi mereka yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 sama ada telah menerima dos pertama atau kedua dan beberapa hari selepas dos terakhir.

Sehingga semalam, sebanyak 43,028,919 dos suntikan vaksin Covid-19 sudah disalurkan membabitkan 23,178,045 satu dos sementara dua dos sebanyak 19,945,616.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/29/1751-kematian-babit-individu-lengkap-divaksin-kata-kj/

BACA JUGA : Wanita terkena gangguan misteri ‘teddy bear’

CATEGORIES