Panas!! Ini respon Zahid Hamidi tentang penahanan rumah Najib Razak

Oleh DAHLIA MARZUKI

Tuntutan Umno untuk membebaskan Najib Razak daripada sebarang tahanan rumah kini semakin hangat.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menyuarakan pendirian partinya yang menginginkan kebebasan penuh buat bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Zahid, Umno memohon agar kebijaksanaan dan keadilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Baginda dapat memberikan pengampunan penuh kepada Najib, selaras dengan kuasa prerogatif Baginda di bawah Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Tuntutan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan memberi kelulusan kepada Najib untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi,

Panas!! Ini respon Zahid Hamidi tentang penahanan rumah Najib Razak

yang akan memaksa pihak kerajaan menguatkuasakan titah tambahan yang didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, yang membolehkan Najib menjalani hukuman di rumahnya.

Pada sesi mahkamah hari ini, sebuah surat daripada Istana Pahang diserahkan untuk mengesahkan kewujudan titah tambahan tersebut, yang semakin memberi kekuatan kepada tuntutan Najib.

Dalam kenyataannya, Zahid turut menyampaikan penghargaan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang mengesahkan kewujudan titah tambahan itu. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Umno dan penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan doa sepanjang perjalanan ini,” tambah Zahid.

Sebelum perbicaraan tersebut, Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa keputusan mengenai tawaran tahanan rumah kepada Najib mesti dibuat melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Istana Negara turut mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan hal ini pada hari Jumaat lalu.

BACA;