Panas !!! Hidup mati politik Bersatu adalah dengan Kerajaan PN

Panas !!! Hidup mati politik Bersatu adalah dengan Kerajaan PN

Umno isytihar memang bermusuh dengan Anwar, Mahathir dan DAP,

Mungkin ada dikalangan MP Umno yang simpatisan atau mesra pada Anwar, Mahathir dan DAP,

Tapi Umno adalah sebuah rejim parti, agak sukar untuk MP yang simpatisan atau mesra tadi nak tunjuk sokongan terbuka kepada Anwar atau Mahathir atau DAP,

Faktor utama adalah kerusi dan sokongan akar umbi, akibatnya boleh dilihat pada MP Umno yang khianat dan lompat masuk Bersatu, ditolak akar umbi dan sudah tidak dipercayai lagi,

Sebab itu MP Bersatu terutama yang lompat berusaha keras untuk hidupkan PN sebab mereka tahu sudah tiada jalan untuk mereka dalam politik apabila melibatkan Umno,

Bila Umno isytihar Anwar, Mahathir dan DAP sebagai musuh, sepatutnyua di pihak PH dan pembangkang, kena faham isyarat ini,

Isyaratnya ialah, jika Anwar dan Mahathir masih berbalah sesama sendiri, mereka sebenarnya gembira dan masih terselamat walaupun miliki majoriti tipis,

Boleh difahami, siapa yang suka pembangkang berpecah dan tidak bersatu hati, mereka secara sedar atau tidak sebenarnya sedang terperangkap dan menjalankan agenda Umno,

Tapi apa boleh buat, benda boleh gaduh buat apa nak berdamai dan berbincang, kan?

Kalau terus bergaduh, Muhyiddin sekadar rombak kabinet esok, dan terus memerintah sampai habis penggal ni,

PH atau pembangkang? selagi terus dalam keadaan begini, PRU 15 pun kita putar kaset lama lagi.

Sumber :

SIFIR POLITIK NORMA BAHARUUmno isytihar memang bermusuh dengan Anwar, Mahathir dan DAP,Mungkin ada dikalangan MP…

Posted by Ariff Bashiruddin Rusli on Saturday, October 17, 2020

COMMENTS