PANAS | Buat projek NFC gagal, akhirnya rakyat makan daging ‘haram’

Kegagalan NFC untuk menambah bekalan daging tempatan antara sebab kartel daging haram terus beroperasi.

National Feedlot Corporation ataupun Pusat Firlot Nasional telah ditubuhkan pada tahun 2006 untuk menambah bekalan daging tempatan kepada pasaran.

Pada masa itu, terdapat banyak keluhan daripada orang ramai berkenaan kekurangan bekalan daging, sehinggakan daging kerbau import daripada India boleh mendapat permintaan di Malaysia.

Projek itu dilancarkan lebih 14 tahun lalu dan dilihat penting untuk memastikan Malaysia dapat menghasilkan bekalan daging yang mencukupi untuk pasaran tempatan, di samping menjadi pusat penghasilan daging halal berkualiti yang diiktiraf dunia.

Pada masa itu, projek berkenaan diberi secara tender terus dan juga melibatkan geran dan pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta.

Projek berkenaan telah dianugerahkan kepada Datuk Mohamad Salleh Ismail, suami kepada mantan menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Sharizat Jalil.

Projek yang tidak banyak menampakkan pergerakan akhirnya terbongkar apabila siasatan mendapati dana kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan NFC telah digunakan untuk tujuan yang lain.

Antaranya adalah pembelian pangsapuri dan rumah mewah di Lembah Klang, kos penerbangan dan lawatan ke luar negara, pembukaan restoran dan lain-lain.

Selain itu, pelaburan sebenar ke dalam projek NFC dilihat sebagai amat kecil dan tidak mencukupi. Akhirnya, lebih 20 ekor lembu, 4 pekerja dan tapak projekdi Gemas, Negeri Sembilan telah ditinggalkan begitu saja buat sekian masa.

Kes dikategorikan sebagai pecah amanah dan telah dibawa ke mahkamah, dan tertuduh telah dibebaskan dan tuduhan digugurkan pada tahun 2015.

Lanjutan itu, kes dibuka semula pada Januari 2020 untuk perbicaraan. Tidak lama kemudian, wabak Covid19 melanda negara dan tidak banyak didengari berkenaan pergerakan kes itu.

Tinjauan terkini mengesahkan bahawa tidak ada yang dihukum daripada permasalahan projek NFC sehingga kini.

Manakala, rakyat Malaysia terpaksa berdepan dengan realiti yang lebih 50% daging di dalam pasaran tempatan sejak 40 tahun dulu adalah daripada sumber haram dan mencurigakan.

Sumber :