Panas !!! Bersatu mesyuarat malam tadi tentukan calon TPM?

Majlis tertinggi Bersatu bermesyuarat di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi selepas naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Terdapat spekulasi bahawa pertemuan itu adalah untuk membincangkan isu jawatan timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin – salah seorang calon yang dikatakan akan menjadi timbalan Ismail – berkata mesyuarat itu hanya sesi taklimat.

“Perjumpaan tadi untuk menjelaskan beberapa perkara.

“Kadangkala bila isu seperti ni timbul, kita hanya nak maklumkan sahaja.

bersatu

“Bagaimana peristiwa kemelut politik dalam negara, isu semasa, itu sahaja kita lakukan,” kata Hamzah kepada wartawan di luar Hotel Premiera malam tadi.

Dia sekali lagi mengatakan Ismail mendapat sokongan Bersatu dan rakan-rakannya dalam Perikatan Nasional.

Turut menghadiri pertemuan malam tadi termasuk Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, timbalan presiden, Ahmad Faizal Azumu, anggota majlis tertinggi Azmin Ali, Redzuan Mohd Yusof dan ketua wanita, Rina Harun.

Selain Hamzah, turut dispekulasi akan bertanding merebut jawatan timbalan perdana menteri adalah Azmin dan Redzuan.

Sebelum ini, ahli majlis tertinggi Bersatu Eddin Syazlee Shith mengatakan terdapat cadangan untuk melantik Muhyiddin sebagai menteri mentor semasa mesyuarat dengan BN, tetapi perkara itu belum dimuktamadkan.

Kerajaan PN yang dipimpin Bersatu sebelum ini tumbang setelah ahli parlimen yang berpihak kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/588139

 

BACA JUGA :

Panas !!! Annuar Musa beri bayangan Ismail bakal kerjasama pembangkang

Ismail Sabri ziarahi Muhyiddin di kediamannya

Panas !!! Rafizi tegur Pakatan Harapan, jangan jadi jaguh di Parlimen sahaja

CATEGORIES