Panas !!! Azmin meroyan di Twitter tentang ‘Subjek Matematik’

Panas !!! Azmin meroyan di Twitter tentang ‘Subjek Matematik’

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyindir lagi bekas mentor dan bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Yang Dipertuan Agong mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak memberikan senarai nama Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Menteri Kanan Ekonomi itu menulis, “Cikgu beritahu result sabjek matematik – gagal” yang dipercayai ditujukan kepada Anwar.

Hantaran itu dimuatnaik selepas sidang media Anwar jam 2 petang tadi.

Terkini, Anwar memaklumkan sudah mempersembahkan jumlah sokongan yang diperolehinya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya jumlah sokongan adalah kukuh lebih dari 120 sokongan ahli Parlimen.

Bagaimanapun Istana Negara dalam satu kenyataannya sebentar tadi memaklumkan bahawa Anwar sama sekali tidak menunjukkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya.

Dalam kenyataan medianya, Istana Negara berkata, dalam sessi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit itu, Datuk Seri Anwar telah mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

“Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.

Sebelum Anwar menghadap Yang Dipertuan Agong, Azmin telah menulis melalui twitternya, “Baru habis kuliah matematik.”

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/azmin-sindir-lagi-cikgu-beritahu-result-sabjek-matematik-gagal/

COMMENTS