Panas !!! Annuar Musa londeh dalam kain Umno, wujud ‘penulis naratif’ halalkan perbuatan pemimpin

Panas !!! Annuar Musa londeh dalam kain Umno, wujud ‘penulis naratif’ halalkan perbuatan pemimpin

UMNO akan kekal utuh dan kuat jika pemimpinnya tidak diperalat serta terus dipimpin oleh mereka yang diterima rakyat.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak perlu juga untuk menggunakan taktik menakutkan ahli kononnya UMNO perlu pemimpin yang boleh melindungi parti itu dari ‘dijual’ kepada parti lain.

“Tak usahlah guna taktik menakutkan ahli kononnya kita perlu watak lindungi UMNO dari di ‘BERSATUkan’ di ‘PASkan’. Dalam kerajaan PN (Perikatan Nasional) ada 12 parti bekerjasama.

“Adakah mereka diBERSATUkan? adakah UMNO Sabah diBERSATUkan? adakah UMNO Kelantan diPASkan?” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, dalam usaha membina naratif berkenaan, ada pula tindakan untuk membina kerjasama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

“Beberapa tukang penulis naratif di menara, nampaknya sibuk dengan mereka-reka cerita untuk menghalalkan perbuatan beberapa pemimpin mensendirian berhadkan’ parti.

“Dasar dan keputusan parti dengan mudah di langgar dan mereka terlepas, tidak di kena tindakan malah makin bebas menuduh mereka yang mempertahan dasar dan keputusan parti sebagai yang nak menjual parti.

“Mereka ingat dunia ini ana yang punya, mungkin kerana sudah terlalu lama memerintah dunia..masih belum mahu berpijak dibumi nyata,” katanya.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini disingkirkan dari jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), sebelum digantikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. –BH