Panas !!! Adun di Sabah pula umum keluar parti

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Yusof Yacob hari ini mengumumkan beliau telah meninggalkan Warisan, beberapa hari setelah menyangkal dakwaan berhubung perkara ini.

Yusof, yang juga Ketua Penerangan Warisan, berkata beliau kini ADUN bebas tetapi menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dan di peringkat negeri, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Katanya lagi, beliau telah membincangkan perkara ini dengan Presiden Warisan Shafie Apdal, yang tidak membantah keputusannya.

Adun di Sabah pula umum keluar parti

ADUN Sindumin Yusof Yacob hari ini mengumumkan beliau telah meninggalkan Warisan.

“Saya buat keputusan ini untuk rakyat, terutamanya di Sipitang, dan demi kestabilan politik,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Yusof adalah ADUN kedua yang meninggalkan Warisan selepas Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik) pada 25 Feb.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/08/seorang-lagi-adun-warisan-tinggalkan-parti-kekal-sokong-kerajaan-grs/

BACA JUGA : Terkini !!! Individu dewasa lengkap vaksin kini 89.1%

CATEGORIES