Pakej bantuan PKP kepada rakyat, kerajaan Terengganu akan kaji dahulu

Pakej bantuan PKP kepada rakyat, kerajaan Terengganu akan kaji dahulu

Kerajaan Negeri Terengganu akan mengkaji serta menilai bantuan Covid-19 yang diperlukan oleh mereka yang terjejas berdasarkan kes dan laporan sewajarnya, lapor portal Trdi.

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, pihaknya akan sentiasa menilai keperluan rakyat melalui Ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin komuniti di seluruh Terengganu.

“Saya percaya semua wakil rakyat di Terengganu daripada semua parti politik sentiasa terbuka untuk menerima apa jua maklum balas daripada rakyat atas kesusahan yang dialami dan menyelesaikan masalah tersebut.

Samsuri meminta mereka yang terjejas dengan pendemik covid untuk berhubung dengan wakil rakyat, ahli majlis atau Jpkk di kawasan masing masing.

“Buat masa ini, kita meminta mereka yang terkesan untuk berhubung terus dengan wakil rakyat, ahli majlis atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan masing-masing.

Menurut Samsuri lagi, kerajaan negeri akan melihat keperluan bagi memberi bantuan kepada mereka yang betul betul terkesan.

“Kerajaan negeri juga akan melihat keperluan dari masa ke semasa bagi memberi bantuan kepada mereka yang betul-betul terkesan.

Namun, sehingga kini masih tiada keputusan dibuat bagi menangani isu ini.

“Kita juga akan berusaha dan mencari jalan bagi mengurangkan beban mereka, walaupun setakat ini masih tidak dibuat sebarang keputusan,” katanya. –TF