“Pakcik tak mahu bebankan anak”, suami berulang-alik 100km demi ubat untuk isteri yang menghidap kanser.
Seorang warga emas dari Muar, Johor sanggup berulang-alik ke sini setiap hari, semata-mata mencari rezeki dengan menjual ikan masin untuk menyara keh!dupannya dengan isteri yang uzvr.
Md Zin Ahmad, 63, dari Bukit Pasir, Muar keluar dari rumah seawal jam 8 pagi menaiki bas ke Melaka Sentral, di sini, perjalanan kira-kira 100 kilometer.
Beliau menjual kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperoleh dari Parit Jawa, Muar.
Katanya, beliau akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain bagi memastikan semua ikan masin yang dibawa terjual.
Md Zin berkata, kadang-kadang orang ramai tidak peduli dengan jualannya, namun dia tidak sesekali mendesak.
Beliau berkata, isterinya, Fatimah Md Said, 73, terlantar di rumah akibat sakiit tua dan dia perlu bekerja kuat mencari rezeki.
“Pak cik tidak mahu membebankan empat anak yang sudah dewasa kerana mereka mempunyai keluarga sendiri,” katanya ketika ditemui, di sini.
Md Zin hanya memperoleh komisen sebanyak 50 sen bagi setiap bungkus jualan ikan masin dan terpaksa berbelanja kira-kira RM30 sehari untuk tambang pergi dan pulang, perbelanjaan makan sehingga jam 9 malam.
“Saya terpaksa berjalan ke kawasan Melaka Sentral untuk menjual ikan masin dengan harga RM10 bagi empat bungkus kerana sambutan di situ lebih menggalakkan, berbanding tempat lain,” katanya yang turut menghi dap penya kit ken cing manis dan da rah tinggi.
Md Zin berkata, dia masih mempunyai kudrat untuk bekerja, walaupun terpaksa berjalan sendirian mendekati orang ramai menjual ikan gelama masin itu.
“Kadangkala ada rezeki lebih apabila pelanggan yang sedia tahu saya di sini (Melaka Sentral) akan mencari saya untuk menempah bekalan ikan masin untuk majlis kenduri kesyukuran dan kenduri perkahwinan,” katanya.
Katanya, jarak dari Muar hingga ke bandar Melaka bukanlah penghalang untuk mencari rezeki kerana dia menjaga pengambilan ubatan secara harian untuk penya kit yang dihi dapi sejak beberapa tahun lalu.
BACA:
Ali puteh mengamok, berang dipersenda netizen
Tidak ikut jadual, Air Asia didenda pengawal selia penerbangan India RM105,000
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio