Pakcik orang kuat kerajaan, wanita ni “show off” tunjuk pakai kereta JKR

Pakcik orang kuat kerajaan, wanita ni “show off” tunjuk pakai kereta JKR

Pakcik orang kuat kerajaan, wanita ni “show off” tunjuk pakai kereta JKR. Kereta di bawah jabatan kerajaan sememangnya dikhaskan untuk penggunaan melibatkan pekerjaan dalam jabatan berkenaan sahaja. Tidak dibenarkan untuk keluarga sendiri guna.

Memetik thevocket, lain ceritanya apabila tular sebuah video yang pada awalnya dikongsikan di TikTok melihatkan seorang wanita dengan bangganya memuat naik video di mana ibunya memandu kereta JKR Perak berikutan pak cik beliau merupakan seorang individu berpengaruh dengan pengarah.

Perkongsian yang dibuat wanita tersebut nyata telah menimbul pelbagai tohmahan di kalangan netizen yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut. Tidak kurang yang mempertikaikan tujuan membuat rakaman menaiki kenderaan kerajaan tersebut.

Isu yang tular turut mendapat perhatian pihak JKR Perak yang tampil dengan sebuah kenyataan rasmi menerusi Facebook. Menerusi perkongsian, pihak JKR Perak memaklumkan tidak mengenali individu yang membuat rakaman tersebut.

Pakcik orang kuat kerajaan, wanita ni "show off" tunjuk pakai kereta JKR

Bukan itu sahaja, pihak jabatan tersebut turut mengesahkan kenderaan rasmi bagi JKR Perak bukanlah seperti kereta yang tular dalam video sebaliknya sebuah Honda Accord.

Video yang dikongsikan di TikTok tersebut walau bagaimanapun telah mendapat perhatian ramai sebelum dipadam. Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana menjadi suatu kesalahan untuk ahli keluarga yang tidak berkaitan untuk menggunukan kenderaan rasmi kerajaan bagi tujuan peribadi.

BACA:

Lelaki penggal dan bawa kepala isteri ke balai polis, dakwa wanita itu main kayu tiga

Siar berita kematian Tan Sri Khalid Ibrahim, ini respon lidah rasmi milik Pas

CATEGORIES