Pakcik ni dah 27 tahun kerja Petronas, terkejut dapat hadiah tak dijangka daripada bos

Pakcik ni dah 27 tahun kerja Petronas terkejut dapat hadiah tak dijangka daripada bos

Pakcik ni dah 27 tahun kerja Petronas, terkejut dapat hadiah tak dijangka daripada bos. Tidak dapat dinafikan, pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan oleh majikan bagi menghargai jasa serta pengorbanan yang ditunjukkan oleh pekerjanya sepanjang menabur bakti kepada syarikat.

Tidak terkecuali, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @sitinur di laman TikToknya, dia berkongsi khabar gembira itu dimana seorang pekerja yang dikenali sebagai Yusuf menerima tajaan pakej umrah sebagai tanda penghargaan telah bekerja selama 27 tahun.

“Pakej umrah untuk Yusuf yang telah berkhidmat 27 tahun di Petronas Pendang,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Dalam video itu juga, selain Yusuf, terdapat beberapa orang pekerja yang turut menerima sumbangan daripada majikan mereka atas usaha dan pencapaian yang ditunjukkan selama ini.

Bertuahnya dapat majikan yang bagus!

Pakcik ni dah 27 tahun kerja Petronas terkejut dapat hadiah tak dijangka daripada bos

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji sikap majikan itu yang menghargai jasa pekerjanya itu selepas 27 tahun berkhidmat untuk dirinya.

Semoga rezeki majikan Petronas Pendang dimurahkan selalu!
Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar rezeki majikan Petronas Pendang dimurahkan selalu dan mengakui tidak mudah untuk menemui majikan yang begitu pemurah hati pada ketika ini.

@siti5874 Pakej Umrah untuk Yusuf yg telah berkhidmat 27tahun di Petronas Pendang🙏 #fy #seo #fypp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #foryou ♬ tak akan pernah jauh – bigboss

BACA:

Puteri Sarah kata Syamsul dah kahwin di Thailand dengan Ira

Kecoh dakwaan anak Muhyiddin jadi ‘paderi muslim’, siap ada bukti

Terkejut tahu Pizza harga RM200 sekotak, bila tengok bahan dia guna ramai terdiam

CATEGORIES