Nama aku Ilya. Asal Perak. Aku anak sulung dari 5 orang adik beradik. Mak aku surirumah. Abah kerja company swasta.
Hidup kami bahagia sehinggalah umur aku 9 tahun. Abah telah pergi meninggaIkan kami akibat s4kit jantung. Kami hilang tempat berg4ntung.
Bayangkanlah keadaan kami, mak aku tak kerja, ketika itu aku baru DARJAH TIGA dan adik bongsu aku baru umur setahun lebih!
Jadi, di sinilah erti hidup bermula. Semua pakcik makcik aku sebeIah abah terus tak hiraukan kami.
Mereka ambil rumah yang kami diami tu, termasuklah kereta arw4h abah. Dulu ketika abah masih hidup, kami semua rapat sangat – sangat, sehinggalah abah meninggaI, mak pun tak sangka mereka sanggup buat macam tu pada kami.
Kebetulan, abah meninggaI secara tiba – tiba, tanpa meninggaIkan sebarang wasi4t. Untuk pengetahuan pembaca semua, duit KWSP arw4h abah aku pun hampir mereka sapu (sebab abah aku tak letak penama). Akhirnya selepas ada campur tangan dari abang mak aku, barulah kami dapat apa yang sewajarnya dapat (walaupun sikit, kami tetap dapat).
Sejak dari itu, abang mak aku iaitu paklong aku, terus bawak kami anak – beranak balik tinggal di kampung asal mak aku, di Kedah. Paklong dan maklong yang sediakan makan pakai kami. Mereka yang menjaga kami sejak arw4h abah meninggaI, dari kecil sehingga sekarang, umur aku dah 26 tahun, dan adik bongsu aku dah 18 tahun. Pakcik makcik sebelah arw4h abah? Langsung tak hiraukan kami.
Paklong dan maklong aku kerja kerajaan. Mempunyai anak 3 orang. Tapi, mereka jaga aku dan adik – adik aku macam anak mereka sendiri. Mereka jaga kami yang anak yatim ni. Pergi sekolah, mereka yang hulurkan duit.
Makan pakai mereka yang sediakan. Paklong aku siap bina satu rumah sebelah rumah nenek supaya mudah dia nak jaga kami. Duduk dekat – dekat senang katanya. Maklong aku langsung tak bantah bila suami dia dahuIukan kami. Malah dia support suami dia untuk jaga kami.
Anak – anak Paklong aku pun baik sangat – sangat. Pernah adik kedua aku cerita, ketika mereka di sekolah, duit makan adik aku hilang, jadi anak Paklong aku yang hulur duit kat adik aku untuk makan (masa tu aku dah naik sekolah menengah, mereka masih di sekolah rendah).
Serius aku cakap, family Paklong aku sangat – sangat baik, dari bapak sehinggalah ke anak bongsu, semua baik! Mereka membeIa anak yatim. Dari aku sekolah rendah, sampai sekarang aku dah kerja, Paklong and Paklong aku tetap ambil berat pasal aku.
Aku sambung Diploma, Degree dan Master, semuanya guna duit Paklong aku. Dia langsung tak berkira kalau bab pelajaran. Adik – adik aku masuk universiti pun, dia yang tanggung. Mak aku? Mak aku ada. Bukan dia tak kerja.
Dia pun kerja sebagai penoreh getah. Mak aku pun sara kami. Tapi banyak yang Paklong and maklong aku topup bagi pihak mak. Mak aku beruntung dapat abang dan kakak ipar yang sangat baik (langsung tak berkira dengan anak yatim).
Dan sekarang, Alhamdulillah, lepas aku habis pengajian Master, aku terus dapat kerja dan sekarang aku pulak yang sara adik – adik aku. Aku dah boleh baIas jasa Paklong and maklong aku sikit – sikit. Nak tahu apa yang Paklong aku dapat sejak dia membeIa anak yatim?
Allah maha Kaya, rezeki mereka melimpah ruah. Naik pangkat sangat mudah, dan anak – anak mereka pun sangat berjaya sekarang. Dan sekarang, paklong dan maklong aku telah pun bergelar Datuk Seri, di atas segala peng0rbanan dan contribution mereka ke atas negera, mereka dapat pangkat dunia, dan di atas semua peng0rbanan mereka ke atas anak yatim.
Allah naikkan darjat mereka, semua orang menghorm4ti mereka tanpa ada yang menceIa, sehingga satu saat aku pernah ke kawasan pedalaman di Kedah, aku pernah dengar orang kampung memuji Paklong aku atas keprihatinan beliau ke atas rakyat, Allahuakhbar, aku sangat bangga walaupun orang kampung tu tak kenal pun aku sebenarnya anak saud4ra kepada Paklong aku.
Paklong and Maklong aku bukak account ASB loan financing dekat kami lima beradik. Tahun pertama, mereka bayar. Tahun kedua, kami sendiri bayar guna dividen. Ada ka manusia yang sebaik Paklong Maklong aku di dunia ini? Bayangkan kalau seorang buat loan 100k, lima org dah berapa k kena bayar untuk tahun pertama?
Itu belum masuk ASB anak – anak mereka lagi. Allahuakhbar. Betapa mulianya mereka. Aku masih ingat, ketika aku nak sambung Master dia Shah Alam, aku kena cari rumah sewa. Masa hari pendaftaran, Paklong and Maklong aku yang hantar aku, dia jejak ja dalam rumah sewa tu, dia terus tak berkenan.
Sebab apa? Sebab rumah tu dekat tingkat 11. Lift pun ada 3 jer, itu pun satu dah rosak. Plus ramai foreigners dekat flat tu. Safety memang zero. Akhirnya, Paklong aku call kawan dia, mintak tolong cari rumah sewa lain dan Alhamdulillah, aku dapat rumah sewa baru. Fully furnished, ground floor lagi, sewa mahal sikit la.
Tapi Paklong and Maklong aku terus tulis cheque RM10, 000 utk tuan rumah tu, lepastu cakap “Kakak belajaq ja, tak payah pikiaq pasal rumah, abah dah settle) – Aku panggil Paklong and Maklong aku, abah and mama – Allah, mulianya hati mereka. Patutlah rezeki limpah ruah. Langsung tak berkira dengan kami anak yatim.
Jadi, kepada pembaca semua. Bantulah mereka yang susah especiaIIy anak yatim. Allah akan naikkan darjat anda. Paklong and Maklong aku dulu bukan orang senang. Tapi semenjak mereka menyara kami adik beradik dari tahun dulu, sampailah sekarang, pelbagai anugerah yang mereka peroleh, rezeki tak henti – henti, datang bergoIek, dan Alhamdulillah, mereka still humble, down to earth, tak r1ak dan masih menjadi idola untuk aku dan adik – adik.
Buat Paklong dan Maklong, nama kalian sentiasa yang teratas dalam doa kakak dan adik – adik. Syurga buat kalian. Kakak, adik – adik dan mak sayang abah dan mama dunia akhir4t. – Ilya
Komen W4rganet :
Zeti SA : Inilah jadi bila hukvm di ambil separuh – separuh. Bab duit nak. Menjawab la di akhir4t nanti sebab makan harta anak yatim. Faraid ni datang dengan tanggungjawab. Kena menyara anak – anak yatim yang ditinggalkan. Bukannya joIi katak. Haish geram betul dengan mata duitan macam nih. Kecik – kecik tak belajar agama. Besar – besar menyusahkan hidup orang lain.
Detik Manja : P3rit tekak saya menahan sebak bila baca confession ni. Saya pun maklong jugak, maklong yang mempunyai 2 orang anak buah yang kem4tian ibu. Walaupun anak – anak ini dijaga oleh mak saya, tapi kadang – kadang terbit perasaan nak mengambil alih tugas mak saya sebagai waris anak – anak ni. Moga satu hari nanti jalan untuk saya dipermudahkan.
Noraina Ahmad : Selalu kisah kita dengar kalau ayah yang meninggaI walau ikut hukvm bapa saud4ra sebelah ayah dan atok yang kena perihatin hidup anak yatim tu tapi sebaliknya.
Keluarga sebelah mak yang ambil tanggungjawap. Jadikan ikhtibar bagi kaum hawa. Walau syurga isteri di bawah kaki suami, jangan buang keluarga kita.
BACA: Cromboloni dia sampai ada yang beratur 6 jam apa yang dia letak dalam tu