“Pakcik makcik minta tandatangan ayah jual tanah pusaka, mereka jual berjuta tapi ayah dapat RM2500 je, mak nekad upah peguam”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Pakcik makcik kata tanah kecik je, bahagian ayah aku dapat RM2500. Sekali aku pelik tengok makcik pakcik pindah dari rumah setinggan kepada rumah 2 tingkat, pakai Honda.

Rupanya mereka jual tanah harga berjuta. Mak aku nekad jumpa peguam..

Assalamualaikum semua. Luahan aku ni lebih kepada satu perasan kecewa yang bukan aku sahaja rasa tapi adik beradik dan mak aku.

"Pakcik makcik minta tandatangan ayah jual tanah pusaka, mereka jual berjuta tapi ayah dapat RM2500 je, mak nekad upah peguam"

Kami keluarga ber-5 along, aku, adik, mak dan ayah. Keluarga kami ni biasa sahaja duduk rumah flat 2 bilik itu pun sewa RM350 sebulan.

Ayah aku ni pada kami sekeluarga seorang ayah yang bagus tapi terlalu naif dengan adik beradik dia senang cerita saudara mara kami lah pakcik makcik tu semua. Pakcik makcik beIah ayah aku pun lebih kurang sama hidup tak ada yang hebat senang cerita semua Ba0 sama macam kami rumah menyewa, duduk rumah setinggan.

Selepas arwah atuk meninggaI kami sekeluarga saudara mara jarang balik kampung sebab dah tak ada apa sangat. Waktu ni aku baru tingkatan 5 along aku pula baru sambung belajar dekat uitm. Pakcik dan makcik aku datang rumah flat kami yang tak seberapa.

Sembang punya sembang diorang sebenarnya kata ada orang nak beli tanah dekat tempat arwah atuk. Jadi diorang ni berseloroh cakap “tanah kecik je long sekangkang kera untuk buat jamban boleh lah”. Dia orang suruh ayah aku sign dia cakap nanti dapatlah seribu dua.

Tapi mak aku waktu tu buat-buat panggil ayah cakap ada orang telefon suruh masuk bilik. Aku waktu tu memang dalam bilik mak dengar lah mak cakap “awak ni percaya sangat adik-adik awak tu takkan lah tanah kecik diorang sanggup datang sini padahal jauh” (sebab diorang ni dari kelantan)

Ayah aku cakap dia pernah dulu tengok tanah tu memang kecil. Mak aku seboleh tahan ayah jangan memandai sign nanti kita yang rugi. Tapi ayah aku. Dia jawab, “itu adik beradik saya takkan lah diorang nak tipu,” ayah aku pun sign tanpa tahu apa-apa.

Lepas tu pakcik makcik aku ni pun terus balik. Ayah aku suruh tidur semalam diorang taknak siap cakap “biar cepat selesai senang sikit”. Beberapa bulan kemudian dapat lah ayah aku sejumlah wang RM 2500 dalam bank, ayah aku pun tunjuk dekat aku abang adik dengan mak katanya ni duit tanah kecik tu banyak juga. Selepas hampir setahun dapat duit banyak tu.

Waktu ni kami tak tahu sebab tahun 2011 ni era smartphone social media baru menaik tapi belum cukup rancak sampai lah abang aku ni waktu dia belajar dekat uitm. Saudara kami ni dia masuk untuk intake tahun tu abang aku pula kena macam uruskan hal fresh student.

Jadi dia ternampak lah pakcik aku satu keluarga datang bawa kereta perodua Alza. Zaman tu Alza ni kira popular selalunya dari orang luar macam kereta orang ‘kaya’ sebab kereta besar. Abang aku cakap dia tengok pakcik makcik dengan anak dia pakai betul mewah dah macam orang kaya.

Yang paling macam abang aku jealous dia cakap sepupu aku tu dia pakai iphone. GiIa tahun tu kalau pakai iphone memang orang kaya kot harga dah mahal. Kami ni pula saudara mara memang jarang berkumpul. Sampai dah macam Facebook betul-betul rancak dekat Malaysia.

Aku waktu ni dengan abang jumpa Facebook sepupu aku bila stalk gambar lepas tu check mutual jumpa saudara mara lain. Agak terk3jut semua macam dah lain. Pakcik aku yang dulu duduk setinggan bilik 1 tapi dalam gambar dia tu berdiri satu keluarga depan rumah teres 2 tingkat dalam dekat belakang ada kereta Honda.

Aku pun dengan abang cerita lah sambil tunjuk dekat mak (guna laptop 1 Malaysia) cakap dengan mak tengok ni diorang kaya kot rumah besar siap kereta mahal. Of course lah kami sekeluarga ni mesti ada rasa bitter sikit iyalah saudara mara hidup mewah kami masih duduk di tempat yang sama.

Ayah aku pun bila tengok tu dia macam terk3jut. Sebab dia orang memang dah lama tak telefon. Nombor pun bila telefon tak masuk dah tak guna. Mak aku pun tanya ayah aku takkan diorang tak bagitahu berniaga ke apa tiba-tiba hidup senang baru berapa tahun.

Ayah aku geleng kepala sahaja cakap dah lama tak cakap dekat telefon. Dipendekkan cerita, dua tahun kemudian, abang aku ada satu macam charity work ngo dia. Dia pun pergi sebab utama ialah tempat dekat sangat dengan kampung arwah atuk dengan nenek.

Tapi dia cakap bila pergi kawasan tu agak terk3jut padahal dulu kawasan yang terpinggir tapi bila datang dah mewah. Abang aku dia siap ambil gambar dia cakap kawasan arwah rumah atuk dulu dah tak ada. Dah jadi kawasan yang lawa dan mewah.

Kami memang lama tak balik sebab jauh. Kalau nak pergi situ selalunya naik keretapi berbelas jam memang tak sanggup. Kalau dulu ada arwah hidup lagi setiap tahun pergi. Along aku pun check dekat internet archive surat khabar memang ada berita pasal kawasan tu.

Bila abang aku cerita mak aku yang pickup benda tu paling cepat dia jerit “Allah abang diorang jual tanah milik arwah ayah” Jadi lepas berbulan mungkin makan masa setahun contact pakcik makcik aku. Akhirnya kami sekeluarga ni yang paling last tahu diorang jual tanah arwah atuk.

Yang paling menyedihkan bila arwah dah meninggaI pakcik makcik aku baru tahu yang tanah arwah atuk tu besar. Ingatkan setakat kawasan dekat rumah tu. Rupanya ke belakang tu sekali tanah dia luas dia lebih kurang 2 padang bola sepak.

Kami sekeluarga tak tahu langsung. Diorang jual tanah tu jejak 7 angka ringgit Malaysia ye. Bukan sikit, kalau bahagian tu bagi sama rata dapat dekat keluarga kami pun memang ubah hidup kami. Mak aku memang dah panas sebab RM 2500 je kami dapat.

Aku abang dengan mak suruh ayah jumpa peguam tuntut balik pembahagian jual tanah tu. GiIa diorang setiap keluarga dapat 300 ribu kau bayangkan kami dapat 2500 siapa yang tak marah. Ayah aku pula dengan bersahaja dia cakap “takpelah rezeki diorang tu rezeki kita nanti ada lah” waktu dengar tu aku punya marah memang tak boleh cakap.

Dalam hati aku bila kau tengok saudara mara hidup mewah ada kereta kami kereta tak ada motor pun sebiji. Tapi diorang rumah 2 tingkat ada aircond dengan kereta kau rasa jealous ke tidak. Mestilah jealous teruk. Kena pula waktu tu zaman smartphone kan tengok sepupu pakai iphone, pakai laptop gaming dia punya jealous memang memuncak.

Tapi ayah aku boleh cakap “rezeki diorang” padahal bahagian tu sepatutnya dapat ke kami tapi sebab ayah sign dokumen tu. Tapi mak aku tak boleh dia memang geram. Waktu tu menangis mak aku cakap, “awak taknak ke hidup senang ada rumah besar bawa kereta senang nak ke sana sini, anak dah besar nak bergerak ke mana mana pun payah”

Waktu abang sambung belajar terpaksa angkut barang naik bas payah. Aku sambung belajar pula ayah sewa kereta baru lah merasa naik kereta selalunya teksi je. Akhirnya ayah aku jumpa peguam. Waktu ni bila makcik pakcik aku dapat tahu dia cakap dengan ayah aku jangan besarkan hal keluarga. Siap diorang cakap nak kasi RM10 ribu.

Mak aku memang dah tolak terus. Dia cakap diorang sedap melantak ratus ribu kita dapat 10 ribu je. Jadi bila dah berbincang dengan peguam jumlah yang kami minta dalam RM 220 ribu. Waktu ni baru aku dan keluarga tahu perit rupanya turun naik mahkamah kena sana sini setahun dua tahun tak selesai lagi.

Hampir 3 tahun baru selesai. Alhamdulillah dapat pampasan walaupun bukan 250K tapi Dalam 200K. Dah selesai selepas beberapa bulan dapat sejumlah wang yang banyak tu terus rasa macam patutlah hidup makcik pakcik aku terus mewah sebab giIa banyak duit ni.

Tapi awal sekali kami semua memang fikir nak beli rumah lepas tu beli kereta dengan motor sebiji. Bagi aku dengan abang mvp sebenar ialah mak. Mak aku yang never give up. Waktu urusan hal mahkamah tu ayah aku banyak kali “takpelah, tak payah lah, susah” tapi mak aku cakap “duit kita bukan duit orang lain”.

Ayah aku banyak kali cakap dekat mak aku yang dia mata duitan tapi mak aku cakap tak kisah asalkan dia dengan anak beranak senang dah cukup. Sejak hari itu memang kami sekeluarga ni hidup senang sikit selesa bila dah ada kereta nak ke mana senang. Aku pun waktu belajar mak belikan motor biar senang. Saudara mara pula sampai sekarang kami tak bertegur. – Amira (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Samsor Junet : Ramai je dalam dunia ini yang mereka hidup sebenarnya sesaat sahaja berbanding akhirat, adik beradik suka menipu dan memperdaya adik beradik yang lain. Sanggup hidup dengan makan harta haram.

Puan Fatin : Sedih baca awat laa saudara mara tergamak buat lagu tu kerana duit kelabu mata. Kirim salam kat mak tt naa dengan ucapan “makcik, i salute u”

Sitisarah Isa : Memang wujud spesies manusia yang suka ambil, sengaja ambil hak orang untuk kepentingan peribadi ni lagi-lagi bab pusaka. Bila kita f1ght hak kita cakap kita giIa harta.

BACA: “Dosa tak terampun bila mak nangis kerana kesilapan aku, ayah tetap tenang hadapi ejekan masyarakat, ini dosa aku pada mereka