Pakatan Harapan keluar arahan agar 3 parti lakukan rundingan kerusi PRU15 di peringkat negeri

Pakatan Harapan keluar arahan agar 3 parti lakukan rundingan kerusi PRU15 di peringkat negeri

Menyokong Usaha Damai Rundingan Kerusi Komponen Pakatan Harapan Sabah

Kita bakal berdepan dengan Pilihanraya Umum ke-15 pada bila-bila masa. Kerajaan yang wujud hari ini sudah tidak mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen dan kita menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen antara Julai hingga Oktober ini.

Pakatan Harapan sedang giat mempersiapkan jentera di setiap kawasan Parlimen. Saya telah dimaklumkan Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengeluarkan notis untuk setiap Pimpinan parti komponen Pakatan Harapan negeri melakukan perbincangan terutama terkait isu agihan kerusi.

Saya amat bersetuju dengan gesaan ini kerana kita perlu ada persediaan awal termasuk menetapkan calon agar gerak kerja boleh dibuat lebih awal.

Saya juga berpendapat agar semua pimpinan lebih fokus kepada Pakatan Harapan berbanding pihak luar yang belum tentu tentang halatuju kerjasama.

Saya juga menegaskan perlunya penelitian dalam menjalinkan kerjasama bersama parti lain diluar Pakatan Harapan apatah lagi selepas beberapa pihak yang sebelum ini bersama Pakatan Harapan cuba untuk menggagalkan bukan sahaja manifesto malah akujanji peralihan kuasa yang telah dipersetujui.

Saya juga berharap lebih banyak kuota diberikan kepada pemimpin-pemimpin muda untuk diketengahkan pada Pilihanraya kali ini.

Saya juga menggesa agar perkara penting perlu ditetapkan segera oleh Pakatan Harapan dan siapapun Parti tempatan yang bakal bersama kita iaitu mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku calon tunggal Perdana Menteri bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan Harapan telah bersedia mendapatkan semula mandat rakyat pada PRU-15 akan datang.

RAYMOND BIN AHUAR
Ketua AMK Sabah
Ahli MPP KEADILAN
Ketua Pemuda HARAPAN Sabah
Naib Ketua Pemuda HARAPAN Pusat