Pakar ramal dunia akan bertambah panas dalam masa terdekat ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran suhu global akan melebihi penanda aras 1.5 darjah Celsius di atas paras praperindustrian buat sementara waktu.
Perjanjian Paris 2015 mengenai perubahan iklim menyaksikan banyak negara sepakat memastikan had pemanasan global di bawah 2, sebolehnya pada 1.5 darjah Celsius, berbanding paras zaman praperindustrian.
Menurut Organisasi Meteorologi Dunia PBB, suhu purata 1.5 darjah celcius di atas paras praindustri sepanjang tempoh berbilang tahun akan melanggar sasaran aspirasi Paris.
“Terdapat 93 peratus peluang sekurang-kurangnya satu tahun antara 2022-2026 menjadi yang paling panas dalam rekod dan mengeluarkan 2016 daripada kedudukan teratas.
Peluang purata suhu lima tahun untuk 2022-2026 lebih tinggi daripada lima tahun lalu (2017-2021) juga diletakkan pada 93 peratus.
“Kajian ini menunjukkan dengan tahap kemahiran saintifik yang tinggi kita semakin hampir untuk mencapai sasaran rendah Perjanjian Paris buat sementara waktu,” menurut Ketua WMO, Petteri Taalas.
Katanya, angka itu bukan statistik rambang.
Sebaliknya adalah indikasi di mana impak cuaca akan bertambah bahaya kepada manusia dan seluruh alam.
BACA:
Anya Geraldine ‘belanja’ body putih mulus dalam iklan mandi, peminat mula resah
Kes tengah berjalan, kecoh Johnny Depp jalin hubungan dengan peguam cantiknya