Pakar kritik kaedah vaksinasi negara, unsur ‘paksaan’ boleh cetus dilema

Pakar kritik kaedah vaksinasi negara, unsur ‘paksaan’ boleh cetus dilema. Seorang pakar perubatan menyifatkan pelalian Covid-19 sebagai ‘vaksin ujikaji’ yang memberi tekanan besar kepada kebanyakan rakyat ketika ini .

Dr. Norshinah Kamarudin yang juga Ahli Endokrinologi berkata, suntikan pelalian itu telah menjadi dilema kepada pekerja apabila majikan memaksa agar mereka mengambil vaksin.

Katanya, perkara itu amat menyedihkan dan ia boleh memberi tekanan kepada sesiapa sahaja yang berdepan dengan situasi sama.

BACA JUGA : Dapat waran tangkap, editor Sarawak Report akhirnya bersuara

“Tidak ada analisis ataupun mana-mana program di dalam televisyen yang menyebut mengenai analisis risiko. Ia wajar dibuat sebelum suntikan secara besar-besaran dilakukan.

“Analisis risiko juga perlu dibuat berdasarkan faktor demografi, geografi, ekonomi, agama dan sosial dalam negara ini.

“Analisis risiko ini juga perlu dibuat mengikut kumpulan umur dan komobid. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga meletakkan tekanan besar ke atas ibu bapa, pelajar dan guru (apabila diarah untuk mengambil vaksin),” katanya.

BACA JUGA : Khairy minta semua pihak henti guna terma ‘Herd Immunity’

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam program bertajuk Isu Paksaan dan Keselamatan Vaksin Buatan Baru Covid-19 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.

Norshinah berkata, ibu bapa pula menanggung dilema apabila anak-anak mereka digesa supaya menerima suntikan pelalian sekiranya mahu hadir ke sekolah.

“Kalau tak setuju sebab enggan ambil risiko atau sebab lain, dia menghadapi diskriminasi oleh sekolah, kolej, pentadbir, kementerian dan hilang hak belajar seperti dulu. Ibubapa juga yang susah. Di mana letak adilnya,” ujarnya.

BACA JUGA : Isu judi : Kami pernah hantar bantahan januari lepas, kata Pemuda Pas

Dalam pada itu beliau berkata, statistik yang dikeluarkan oleh KKM setiap hari tidak memberikan apa-apa nilai tambah atau penyelesaian kepada individu daripada perspektif kesihatan diri mereka.

Sebaliknya, perkara yang perlu ditekankan oleh pihak berkenaan adalah bagaimana untuk menguatkan lagi sistem ketahanan badan seseorang agar tidak dijangkiti wabak itu.

Katanya, perkara tersebut jarang sekali ditekankan sebaliknya, perkara yang sering diulang-ulang adalah dengan menumpukan perhatian kepada faktor luaran seperti pemakaian pelitup muka, face shield, penjarakan fizikal dan larangan bersalam.

BACA JUGA : Panas !!! Sanusi tunjuk bukti pindahan wang MBI RM13 juta ke akaun di Kanada pada 2014

“Statistik itu tidak memberikan apa-apa pun penyelesaian kepada seseorang. Jadi penilaian semula mengenai perkara ini harus dilakukan.

“Kami syorkan kepada pihak berwajib seperti Majlis Agama Negeri, Majlis Fatwa, MOSTI, KKM, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempelawa dan mendengar hujah dan data dari pihak yang ada pandangan sahih, hujah yang bernas atau fakta yang berbeza dari apa yang dibentangkan oleh saintis-saintis atau penjawat-penjawat dalam kementerian.

“Contohnya agamawan, pakar, saintis, penyelidik, pendidik, iaitu mereka yang tidak ada apa-apa kepentingan jawatan dalam kerajaan, tiada apa-apa kepentingan komersial untuk mengemukakan hujah dan pandangan mereka.

“Maka barulah keputusan yang adil, rasional, seimbang dapat dirumuskan daripada semua yang terlibat,” katanya.

CATEGORIES