Kajian oleh Universiti Sophia di Jepun mendapati bahawa kucing mampu mengenali nama mereka sendiri, namun memilih untuk tidak memberi reaksi apabila dipanggil oleh pemiliknya.
Penyelidikan ini menunjukkan bahawa kucing akan menggerakkan kepala atau memekakkan telinga apabila namanya dipanggil tiga kali
Dengan nada dan panjang suara yang sama. Namun, tiada sebarang tindak balas apabila kata-kata lain diungkapkan.
“Selama ini, banyak kajian yang memberi fokus kepada kemampuan anjing dalam berkomunikasi dengan manusia.
Tetapi kami berpendapat penting untuk menunjukkan bahawa kucing juga mempunyai kemampuan yang serupa.
Banyak pemilik kucing sendiri menyedari bahawa kucing memahami nama mereka,” kata Dr. Atsuko Saito, pengarang utama kajian tersebut.
Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa beberapa haiwan lain seperti anjing, ikan lumba-lumba, dan burung kakak tua mampu menunjukkan pemahaman terhadap suara manusia.
Namun, tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa kucing mampu memahami dan memberi respons terhadap nama mereka dengan cara yang sama.
Eksperimen ini melibatkan 78 kucing yang dipelihara di rumah dan “kafe kucing” di Jepun.
Namun, kajian ini telah menerima kritikan daripada beberapa pakar lain dalam bidang tingkah laku haiwan. Dr. John Bradshaw, seorang pakar tingkah laku anjing dan kucing dari University of Bristol, menyatakan,
“Bagi saya, kajian ini tidak banyak memberikan pandangan baru tentang hubungan antara kucing dan manusia.
Kucing mungkin mempelajari makna tertentu, seperti menggunakan makanan untuk memujuk mereka masuk ke dalam rumah. Tetapi ini tidak bermakna kucing benar-benar memahami bahasa manusia.”
Kenyataan ini menimbulkan persoalan sama ada kucing benar-benar faham nama mereka, atau sekadar mengenali ia sebagai satu isyarat tanpa menganggapnya sebagai sesuatu yang perlu ditindak balas.
BACA: Individu dedah lirik lagu Ulek Mayang, ada kaitan alam bunian