Mewarna merupakan satu aktiviti penting untuk mempraktikkan kemahiran koordinasi visual dan motor kanak-kanak.
Aktiviti ini bukan sekadar hobi biasa, tetapi mempunyai tujuan yang penting, dan ibu bapa seharusnya tidak memandang rendah akan kepentingannya.
Menurut Pakar Terapi Carakerja, Puan Mahfuzah Zainol, mengawal pergerakan tangan bukanlah sesuatu yang mudah
jika murid tidak memiliki kemahiran tersebut. Malah, aktiviti mewarna juga perlu disesuaikan dengan tahap perkembangan murid.
“Kenapa cikgu asyik suruh mewarna? Tak ada aktiviti lain ke?” Saya pantang jika ada yang mempertikaikan aktiviti mewarna ini.
Mewarna bukan sekadar mengisi masa lapang, tetapi melibatkan kemahiran koordinasi visual dan motor yang penting.
Bukan mudah untuk mengawal pergerakan tangan jika murid belum memiliki kemahiran tersebut. Aktiviti mewarna perlu disesuaikan dengan tahap perkembangan murid.
Sebagai contoh, tiada keperluan untuk memberikan gambar pemandangan yang rumit jika murid masih di peringkat mencoret. Gunakan bentuk-bentuk geometri yang mudah sebagai permulaan.
Dengan gambar yang lebih kecil, murid dapat lebih fokus. Melalui hasil mewarna, guru juga dapat mentafsir kaedah pengajaran yang sesuai untuk murid tersebut.
Penting untuk memahami tahap kemahiran murid dalam mewarna supaya guru dapat menetapkan sasaran seterusnya. Memberikan gambar untuk diwarnai sepanjang tahun tanpa sebarang penilaian tidak membawa manfaat. Walaupun nampak remeh, aspek ini sangat penting.
Jangan memandang rendah aktiviti mewarna. Mari kita sokong guru dalam melaksanakan aktiviti mewarna yang memberi manfaat kepada murid berkeperluan pendidikan khas. Ini adalah perkongsian ringkas mengenai kepentingan kemahiran mewarna.
Bukan salah pada aktiviti itu sendiri, tetapi bagaimana ia dilaksanakan, yang sering kali kelihatan remeh.
Melihat kepada komen netizen, ramai yang setuju dengan perkara ini. Mereka mengakui bahawa aktiviti mewarna bukan sekadar aktiviti biasa, tetapi membantu perkembangan pelbagai kemahiran lain.
Ada juga yang membandingkan aktiviti mewarna dengan aktiviti menggunting, yang mana kedua-duanya memerlukan kemahiran tertentu. Memahirkan diri dalam aktiviti tersebut bukanlah perkara yang mudah.
BACA: Ramai tak tahu rupanya haram tanam jambang menurut pejabat Mufti