Pak Wan buang masa panggil media sekadar umum kekal sokong PN

Pak Wan buang masa panggil media sekadar umum kekal sokong PN

Buang masa bila Pak Wan memanggil wartawan membuat persidangan media petang tadi (5 Jun 2020). Kalau sekadar nak maklum masih mengekalkan jawatan dan akan terus menyokong Muhyiddin, cukup sekadar mengeluarkan kenyataan media dalam bentuk PDF dan tak perlu nak buat persidangan media.

Apakah ini cara Pak Wan mencari posisi dalam parti BERSATU. Maklumlah nak bertanding calon Naib Presiden. Peringkat bahagian Pak Wan dah takder jawatan apabila Pak Wan kalah kepada seorang ahli parlimen wanita ketika merebut jawatan Ketua Bahagian BERSATU di Melaka.

Apapun, tahniah Pak Wan kekal bersama PN dan menyokong Muhyiddin. Selama ini pun Pak Wan membawa liabiliti kepada Pakatan Harapan terutama kereta terbang yang tak terbang-terbang.

Cari durian di Pulau Sebang
Dapat sebiji di bawa pulang
Mana perginya kereta terbang
Memang Pak Wan kaki temberang

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan
Pak Wan kekal bersama BERSATU
PRU15 Pak Wan dalam kenangan

COMMENTS