Pak Guard maut tersepit di pagar automatik

Pak Guard maut tersepit di pagar automatik

Pak Guard maut tersepit di pagar automatik. Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan maut selepas tersepit pada pagar automatik sebuah gudang perkasas besi di Jalan Sri Purnama 5, di sini, pada Khamis malam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan Dua Khairul Azhar Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.29 malam

Katanya, mangsa, Sami Ur Rahman, 29, ditemukan tersepit pada sebuah pagar automatik di premis terbabit.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuka pagar automatik tersebut secara manual dengan bantuan pegawai penyelenggara di gudang tersebut.

Pak Guard maut tersepit di pagar automatik

“Operasi menyelamat disertai seramai empat orang anggota dan sebuah jentera FRT dari BBP Tebrau,” katanya dalam satu kenyataan Khamis malam.

Tambahnya, operasi ditamatkan sekitar jam 8.25 malam dan mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BACA:

Kedai Coach Azizulhasni kena rompak, habis semua basikal mahal dilarikan

Tangki air pangsapuri jatuh hempap kereta dari ketinggian 19 meter

Syed Saddiq diarah bela diri oleh mahkamah

CATEGORIES