Pak cik tua bongkok gigih jadi rider Grabfood undang sebak netizen. Siapa saja dalam dunia ini yang tidak mahukan kehidupan yang senang dan selesa bukan?
Namun, bukan semua orang diberikan rezeki untuk berduit dan bermewah. Walau bagaimanapun,
kita sebagai manusia biasa perlula mensyukuri apa saja nikmat yang dikurniakan kepada kita, selain berusaha untuk mencari rezeki lebih buat keluarga.
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman seorang warga emas yang bekerja sebagai penghantar makanan telah membuatkan ramai sebak.
Gigih jadi rider Grabfood walaupun sudah bongkok dan tak larat
Menerusi perkongsian video daripada @hazwanhfiz, kelihatan seorang pak cik sedang membawa beg GrabFood dalam keadaan membongkok. Difahamkan, dia mengambil dan menghantar makanan kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila si perakam bertanya tentang cuti raya, warga emas tersebut memberitahu dia tidak mengambil cuti dan hanya berehat semasa waktu solat saja.
Lebih memilukan, pak cik itu juga hanya berbuka puasa dengan mengambil makanan di surau atau masjid di kawasan sekitarnya.
“Saya berbuka ambil dekat surau Hartamas, dah bagi sedekah macam-macam. Dah makan ‘on’ balik lah. Tak cuti raya, rehat pun tak ada. Kalau nak solat je rehat,” katanya.
“Kalau yang mana rasa susah, bersyukurlah. Sebab ada yang lagi susah dari kita” – Netizen
@hazwanhfiz Kesian pada masa yang sama cemburu dengan semangat pakcik Grabfood ni. Dalam bongkok² dia pun satu KL dia pusing cari rezeki bulan puasa ni.. Moga dipermudah segala urusan beliau. Yang biasa duduk di Mont Kiara & Sri Hartamas mesti biasa jumpa pakcik ‘legend’ ni. #Grabfood #MontKiara #SriHartamas ♬ original sound – Jayhadee®️
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 515.6K tontonan, 39.5K tanda suka serta 2.4K komen di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan pak cik itu. Ada juga yang ingin berjumpa dengannya untuk menghulurkan bantuan.
BACa:
Pengaruh Pas dan Bersatu kian merudum, ini 8 punca buat ramai tak percaya dengan Perikatan Nasional