Perkasa persefahaman, perpaduan demi kepentingan bersama, kata KM Sabah

Rakyat khususnya di Sabah digesa untuk terus memperkasakan persefahaman dan perpaduan, demi kepentingan bersama, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Katanya, konsep taaruf (saling berkenalan) dalam kemajmukan, dengan mengikis prasangka dan salah faham serta saling menerima antara satu sama lain, mampu melahirkan masyarakat bernegara yang bersatu padu. “Perutusan Rasulullah sebagai pembawa rahmat…

Pas patut sumbang idea bantu bela rakyat, bukan bermain politik

Datuk Seri Saifudddin Nasution semasa berucap kepada penduduk di Bayan Baru semalam. Kenyataan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir ternyata mampu untuk meredakan beberapa spekulasi yang berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini terutamanya dalam isu yang dibangkitkan Pas, iaitu undi percaya dan kenyataan bersumpah oleh pihak-pihak tertentu. Malah kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut sekali…

MEMFEUDALKAN DUNIA AGAMAWAN

Gelaran dan darjah kebesaran adalah manifestasi kepada budaya dan sistem feudal bagi melambangkan status sosial dan politik seseorang. Saya kira, sistem ini diwarisi zaman berzaman kerana mungkin ada keperluan-keperluan tertentu dalam menyusun sistem kuasa dan autoriti pentadbiran yang bernaung di bawah penguasa atau kerajaan. Simbol adalah sangat penting dalam sistem politik yang berteraskan budaya dan…

HBR: Rakyat cadangkan negeri lain contohi Melaka

 Penganjuran Hari Bertemu Rakyat (HBR) berterusan menerima sambutan positif dari rakyat Melaka. Program itu yang dilaksanakan setiap Khamis (dahulu Jumaat) sentiasa dikunjungi masyarakat setempat dari pelbagai latar belakang, untuk mengadukan permasalahan dialami kepada Ketua Menteri, Adly Zahari secara terus. Dan menerusinya, isu yang dihadapi lebih pantas diatasi. Justeru, rakyat berharap ia terus diperkasakan, dalam masa…

Tun M tegaskan tidak terlibat gerakan berhubung kedudukannya sebagai PM

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan dirinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan atau kegiatan pihak tertentu yang mahukan beliau kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal. Dr Mahathir sebaliknya mengulangi kenyataan untuk berpegang kepada janji bagi melepaskan jawatan kepada penggantinya selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan dianjur Malaysia November ini….

mySalam: Kerajaan turut prihatin kumpulan M40

Sewaktu skim perlindungan kesihatan masyarakat, mySalam, mula diperkenalkan, ia tidak membawa sebarang makna buat Steffanie Ronald, 33, memandangkan skim berkenaan hanya terbuka kepada golongan berpendapatan rendah atau B40. Namun Steffanie yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta di sini dapat menghela nafas lega apabila kerajaan memperluaskan skim itu untuk golongan pertengahan atau M40. “Waktu…

“Sampai hati Mahathir khianati kita…”

Dalam politik, tempoh seminggu dianggap sudah terlalu lama; pelbagai perkembangan berlaku dan sebahagian terjahannya sukar diduga. Ditambah pasaran berita angin yang cukup rancak dan gamat dengan cerita-cerita rekaan serta andaian yang sensasi. Seorang teman lama, berusia akhir 50-an, menghantar mesej kepada saya baru-baru ini: “Sampai hati Mahathir khianati rakyat yang menyokongnya dalam PRU14 dulu. Sanggup…

AWAN kemuka tujuh syor kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan

Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional hari ini mengemukakan tujuh syor untuk perhatian dan tindakan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Ketua AWAN Nasional, Senator Aiman Athirah Al-Jundi berkata, syor pertama daripada tujuh itu adalah, Majlis Presiden sendiri yang mengeluarkan arahan untuk pemilihan baharu Ketua Wanita PH Malaysia. “Yang kemudiannya diikuti dengan pemilihan baharu Ketua Wanita PH…

Nafas sumbang peruntukan diesel RM300ribu bantu petani Kedah, P. Pinang

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menyalurkan sejumlah RM300 ribu sumbangan bantuan diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi serta meringankan beban petani di negeri Kedah dan juga Pulau Pinang. Demikian dinyatakan oleh Pengerusinya, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi semasa majlis penyampaian sumbangan peruntukan tersebut di Alor Setar semalam. Jelasnya, inisiatif yang diambil membuktikan keprihatinan dan…

Fitnah Mat Sabu: Ketua Pemuda Amanah buat laporan polis gesa siasat pemilik akaun Facebook

Polis diminta supaya mengambil tindakan terhadap seorang pemilik Facebook, Nora Aisyah yang didakwa melakukan fitnah terhadap Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu. Ketua Pemuda Amanah Kota Raja, Nabil Norhalim berkata, kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkenaan pada pukul 10.15 malam malam tadi dianggap berniat jahat terhadap Mohamad yang juga Menteri Pertahanan. “Dalam status…

Kandungan pembacaan alam digital tanpa sekatan boleh merosakkan masyarakat – Dr Mahathir

 Sumber pembacaan yang begitu banyak di dalam arus digital tanpa sekatan, boleh menjadi gelanggang untuk menyebar berita palsu dan lain-lain kandungan sehingga merosakkan masyarakat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata di sinilah kerajaan dan semua pihak berdepan cabaran pembacaan hari ini dalam membezakan mana yang benar dan palsu, sama ada (kandungan bahan bacaan)…

JAIS panggil Nur Sajat untuk kaunseling, jelaskan isu identiti diri

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memanggil usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat untuk sesi kaunseling bagi menyelesaikan isu berkaitan identitinya dalam masa terdekat. Pengarahnya, Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, langkah itu diambil susulan pihaknya menerima permohonan kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Isnin lalu berhubung perkara tersebut. “Kita menerima arahan…