Page FB SPA Perak muat naik hantaran lucah undang reaksi netizen

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tengah hari Isnin.

Pemberitahuan itu dimuat naik dalam laman sesawang SPA negeri Perak melalui https://spa.perak.gov.my.

“Dimaklumkan bahawa Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Page FB SPA Perak muat naik hantaran lucah undang reaksi netizen

“Sehubungan itu, dimohon supaya tidak melayari laman tersebut.

Pemberitahuan itu dimuat naik dalam laman sesawang SPA negeri Perak.

Sebarang pemakluman lanjut akan dimaklumkan melalui laman web ini. Terima kasih,” menurut laman web tersebut.

Semakan mendapati terdapat beberapa video lucah di muat naik di akaun Facebook tersebut sejak tengah hari Isnin dengan kali terakhir pada kira-kira jam 9 malam

BACA: “Aku ni lelaki, faham gaya badan lelaki lain, cara dia pandang tunang aku, cara dia senyum, aku jadi tak tenang, memang nampak ada sesuatu ni, rupanya..”