Padah tak ‘wala’ arahan pimpinan, JK bahagian Bersatu di gantung

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Pemilihan Bersatu Bahagian Jasin ‘dibekukan’ susulan penggantungan jawatankuasa bahagian tersebut baru-baru ini, menurut Setiausaha Bersatu Melaka, Azzaruddin Idris.

Beliau menyatakan bahawa penggantungan itu akan mengambil masa dan bergantung kepada siasatan yang sedang dilakukan oleh ibu pejabat parti.

“Jika sebelum pemilihan berlaku dan bahagian masih belum dilepaskan daripada penggantungan,

ini bermaksud pemilihan juga tergantung dan tidak boleh diadakan.

“Namun, jika penggantungan ditarik balik sebelum tarikh pemilihan pada 2 Nov, Bersatu Jasin boleh mengadakan persidangan tahunan.

Padah tak 'wala' arahan pimpinan, JK bahagian Bersatu di gantung

Sekiranya penggantungan ditarik balik selepas 2 Nov, mereka akan mengadakan Persidangan Khas Bahagian,” jelasnya ketika dihubungi Bernama di Melaka hari ini.

Azzaruddin menambah bahawa sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebab rasmi penggantungan bahagian tersebut daripada Bersatu Pusat kerana siasatan masih dijalankan.

“Kami di peringkat negeri pun belum tahu sebab penggantungan ini, jadi saya tidak boleh memberikan komen lanjut. Namun, ia kini dalam proses penyiasatan,” katanya.

Sebelum ini, tersebar surat bertarikh 14 Okt yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang memaklumkan tentang penggantungan Jawatankuasa Bersatu Bahagian Jasin.

Surat tersebut juga menyatakan bahawa susulan penggantungan itu, pengurusan dan pentadbiran Bersatu Bahagian Jasin akan diambil alih oleh Majlis Pimpinan Tertinggi selaras dengan Fasal 11.2 Perlembagaan Bersatu.

BACA: Kecoh pegawai Sanusi bertengkar dengan orang awam