Padah tak mampu bayar kos bersalin, bidan ‘sita’ bayi

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Sepasang suami isteri di Bekasi, Jawa Barat, terpaksa meninggalkan bayi yang baru dilahirkan di rumah seorang bidan

kerana kekurangan wang untuk membayar kos bersalin, lapor portal berita Abatanews semalam.

Rakaman kejadian yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @undercover.id menunjukkan

seorang bayi perempuan bersama ibunya, Sumyati, yang terbaring di atas katil.

Sumyati kelihatan menangis teresak-esak selepas tidak dibenarkan membawa anaknya pulang ke rumah.

Padah tak mampu bayar kos bersalin, bidan 'sita' bayi

Menurut pasangan tersebut, mereka terpaksa memilih untuk bersalin di rumah bidan kerana kosnya jauh lebih murah berbanding hospital biasa

. Namun, impian mereka untuk menjadi ibu bapa terbantut apabila mereka tidak mampu membayar kos bersalin sebanyak 2.5 juta rupiah (RM704).

Rakaman tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Si suami buat apa selama sembilan bulan? Seharusnya sudah ada duit simpanan!” kata seorang netizen dengan marah.

“Pandai buat anak, tapi bila nak bayar, tak boleh? Jangan nak sedap sahaja!” kata netizen lain yang turut marah.

BACA: Dua pelajar perempuan kolej vokasional dipaksa tanggal pakaian depan kamera