Seorang wanita putih mata apabila wang simpanan yang disimpan selama dua bulan dalam sebuah bekas tabung besi dimakan habis oleh anai-anai.
Menurut perkongsian di laman TikTok @madam_mama06, serangga kecil ini telah memusnahkan kesemua wang kertas
dengan nilai RM50, RM20, dan RM10, meninggalkan hanya not bernilai RM1 dan RM5 yang masih selamat.
“Serangan ini betul-betul menghancurkan, semuanya dimakan habis. Hancur lebur woi, yang nilai kecil tak diapa-apakan, hanya yang besar-besar sahaja dia makan,” katanya.
Pengguna lain yang turut memberi komen turut merasa simpati dengan kejadian malang ini dan mencadangkan untuk segera menukar duit yang rosak dengan pihak bank.
“Bolehlah tukar di bank, saya pernah kena juga simpan duit dalam tabung buluh, lebih teruk lagi daripada itu.
Duit simpanan untuk perkahwinan, kawan nasihatkan pergi bank tukar, yang penting kena ada nombor siri,” ujar @cardovacreative24.
“Saya pernah tukar duit yang reput, langsung tak ada rupa, di Bank Negara. Dalam borang saya tulis anggaran RM1,000. Selepas tiga bulan, bank hantar cek bernilai RM1,362, makmal boleh nilai jumlahnya,” kongsi seorang lagi pengguna.
“Duit kecil dari plastik anai-anai tak makan, dia makan kertas. Peti besi yang nipis akan berkarat, boleh tembus.
Simpanlah di tempat yang selamat seperti bekas plastik ‘tupperware’, anai-anai suka tempat yang mudah berkarat,” nasihat @razianiyacob.