Padah sembunyikan duit dari isteri, duit rosak digigit tikus

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Sembunyikan wang dari pengetahuan isterinya, lelaki ini mengalami kerugian beribu ringgit kerana duit yang disembunyikannya telah menjadi mangsa gigi tikus.

Menurut perkongsian seorang netizen, lelaki tersebut berusaha menyimpan wang tersebut di dalam bahagian bonet hadapan kenderaan,

Yang bersambung dengan bahagian papan pemuka, dengan harapan isterinya tidak akan mengetahui.

Padah sembunyikan duit dari isteri, duit rosak digigit tikus

Jumlah keseluruhan wang yang disembunyikannya diperkirakan sebanyak 45,000 Bath, yang setara dengan lebih kurang RM5,606.

Malang tidak berpihak kepada lelaki tersebut apabila duit yang disimpannya menarik perhatian beberapa tikus untuk membuat sarang di dalam keretanya.

Ketika beliau ingin memeriksa wang tersebut, beliau terkejut mendapati sebahagian besar daripada duit yang disorok itu telah rosak akibat gigitan tikus.

sinetronmalaya.com Padah Sorok Duit Dripda Isteri Sbnyk Rm5600 Rosak Digigit Tikus sss

Selain daripada itu, keretanya juga mengalami kerosakan, menyebabkan lelaki tersebut menghadapi malang yang berganda.

Kisah malang lelaki ini telah menjadi perbualan di media sosial, di mana rata-rata netizen menunjukkan simpati terhadap kejadian yang menimpanya.

Sementara itu, beberapa orang turut membuat lawak mengenai keputusannya untuk menyembunyikan duit dari isterinya.

BACA:‘Saya pernah tengking anak depan kat airport hanya sebab dia tak nak pandang kamera, tak sangka terlalu besar pengajaran saya dapat’