Padah naikkan harga air dan makanan wayang, GSC kena denda Rm 45K

Padah naikkan harga air dan makanan wayang GSC kena denda Rm 45K

Padah naikkan harga air dan makanan wayang, GSC kena denda Ram45K. Golden Screen Cinema atau GSC dilaporkan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen di Melaka, atas kesalahan mencatut atau menjual sesuatu barangan pada harga yang tinggi.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pencatutan itu melibatkan penjualan dua barangan iaitu air mineral 600ml jenama Spritzer yang dijual pada harga RM3.30 dan keropok kentang Mister Potato 75gm pada harga RM5.

Menurut laporan, GSC didapati melakukan kesalahan tersebut setelah mahkamah meneliti keterangan daripada tiga saksi pendakwaan dan empat orang saksi pembelaan serta hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Padah naikkan harga air dan makanan wayang, GSC kena denda  Rm 45K

GSC dikatakan melakukan kesalahan berkenaan pada Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Melaka.

Denda sebanyak RM45,000 dikenakan mahkamah selepas pihak tertuduh meminta mahkamah jatuhkan hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan kali pertama, dan lebih kepada faktor teknikal serta kenaikan margin keuntungan dalam kadar yang sedikit.

BACA:

Dakwaan akan ikut Zuraida lompat parti, akhirnya Azmin buka mulut

Peminat teruja Kawasaki Ninja ZX-25R masuk Malaysia tahun depan

CATEGORIES