Padah minum ‘air suci’, pemuda ini dikejarkan ke hospital

Oleh INFORAKYAT

Padah minum ‘air suci’, pemuda ini dikejarkan ke hospital. Padah ingin membuktikan segelas air yang diminum di sungai selamat, seorang ahli politik di India menerima akibatnya selepas dimasukkan ke hospital beberapa hari kemudian.

Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann, meminum air di sungai di Sultanpurlodhi untuk menunjukkan air sungai itu selamat diminum, lapor Oddity Central.

Ketika kejadian, dia diiringi wartawan, pegawai tempatan dan penduduk sebelum membongkok serta mencedok air dari anak sungai Kali Bein untuk sebagai bukti ia selamat.

Tindakan itu mendapat sorakan dan tepukan daripada orang yang di sekeliling ahli politik itu, namun mereka mungkin tidak tahu betapa kotor dan tercemarnya sungai itu sebenarnya.

“Bhagwant Mann juga meminum air dari Bein dan berkata bahawa dia diberkati kerana mendapat peluang ini,” kata satu ciapan di Twitter parti politik.

Padah minum 'air suci', pemuda ini dikejarkan ke hospital

Timbalan Pesuruhjaya Ashok Kaura memberitahu pemberita, air kumbahan dari beberapa bandar dan kampung mengalir ke dalam sungai itu.

Menjelang Selasa, saluran berita di seluruh India melaporkan Mann terpaksa dihantar ke hospital selepas dia mula mengalami sakit perut yang teruk.

“Ketua Menteri Punjab secara terbuka meminum segelas air tercemar dari ‘sungai suci’ untuk membuktikan bahawa air itu bersih. Kini dia dimasukkan ke hospital,” kata Ashok Swain, Profesor Penyelidikan Keamanan dan Konflik di Universiti Uppsala di Twitter minggu lalu.

Pegawai Parti Aam Aadmi (AAP) Mann menafikan kemasukannya ke hospital mempunyai kaitan dengan aksi itu, sebaliknya dia hanya menjalani pemeriksaan rutin.

Bagaimanapun, beberapa saluran berita yang memetik sumber hospital mendakwa dia masih dirawat kerana jangkitan perut pada Khamis.

Kali Bein adalah sungai dianggap suci kepada penganut Sikh kerana mempercayai bahawa pengasas Sikhisme, Guru Nanak, mandi di situ.

BACA:

Pasangan dari Kedah kena cekup bersama dalam hotel, ‘kenal tak sampai 24 jam..’

Terkini !!! Gangguan elektrik besar-besaran dilapor berlaku hari ini

Kerajaan umum bantuan khas untuk warga emas