Bekas pemilik pasukan Kuantan FA dan Marcerra United telah ditahan di Mahkamah Seksyen Shah Alam selepas prosiding sebutan kes jenayah berkaitan penipuan semalam.
Individu yang bergelar ‘Datuk Seri’ itu ditahan oleh pihak polis setelah didakwa mengingkari perintah mahkamah untuk
membayar tunggakan gaji berbaki RM1.4 juta yang melibatkan 46 pemain dan 12 pegawai kelab tersebut pada tahun 2018.
Menurut kenyataan daripada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), peguam Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak yang mewakili bekas pemain
Dan pegawai untuk kedua-dua kelab tersebut berkata, “Penahanan dilakukan mengikut perintah komital yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu.
Mahkamah yang sama juga memutuskan bahawa individu tersebut perlu dipenjarakan selama seminggu atas kesalahan komital, iaitu penghinaan terhadap perintah tersebut.”
Selain itu, mahkamah telah memberikan penangguhan selama dua minggu untuk individu tersebut melunaskan tunggakan gaji, namun dia hanya membayar RM600,000 setakat pertengahan 2023, sementara baki tunggakan sebanyak RM1.4 juta masih belum diselesaikan.
Ini adalah kali kedua bekas pemilik tersebut dipenjara, setelah pernah ditahan pada bulan Februari lalu. Ia merupakan kes saman sivil pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia yang membabitkan pemilik kelab.
Menurut En. Suhail, bekas pemilik kedua-dua kelab tersebut akan dibawa ke Penjara Kajang petang ini dan akan menjalani hukuman penjara selama tujuh hari berdasarkan perintah mahkamah.
Pihaknya juga akan memulakan tindakan jenayah jika bekas pemilik tersebut gagal melunaskan baki tunggakan yang dituntut.
Izham Ismail, selaku Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia, berkata perintah tangkapan yang dikeluarkan oleh mahkamah ini merupakan kali pertama bagi kes yang melibatkan tunggakan gaji kelab bola sepak Malaysia.
Perjuangan PFA Malaysia selama tujuh tahun untuk membela nasib pemain Kuantan FA dan Marcerra United di muka pengadilan ini dianggap sebagai satu amaran kepada semua pemilik kelab atau persatuan supaya lebih peka terhadap hak dan kebajikan pemain, terutamanya yang melibatkan tunggakan gaj
BACA: Akibat dari dendam kesumat, pemuda cekik ular lepas dipatuk