Padah langgar perjanjian jadi punca anak syarikat FGV kena saman RM90.84 juta

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

FGV Holdings Bhd hari ini memaklumkan bahawa anak syarikat tidak langsungnya

FGV Bulkers Sdn Bhd, telah disaman atas dakwaan melanggar perjanjian berkaitan pembekalan kulit isirung sawit.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat perladangan tersebut menyatakan bahawa saman itu difailkan

oleh South Asian International Distribution Sdn Bhd, yang menuntut ganti rugi sebanyak RM90.84 juta akibat kerugian yang didakwa berpunca daripada pelanggaran perjanjian tersebut.

FGV Bulkers diminta memberi maklum balas terhadap saman berkenaan dalam tempoh 14 hari,

Padah langgar perjanjian jadi punca anak syarikat FGV kena saman RM90.84 juta

manakala sesi pengurusan kes dijadualkan berlangsung pada 20 November ini.

Menurut FGV, FGV Bulkers sedang mendapatkan nasihat undang-undang dan akan mengeluarkan pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan penting berkaitan saman tersebut dalam masa terdekat.

“FGV tidak menjangkakan sebarang kesan material terhadap operasi dan kewangan FGV Bulkers dan FGV bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024,” tambah kenyataan tersebut.

BACA: ‘Patutlah teksi ayah kerap rosak, duit tak pernah cukup, berniaga tak menjadi, mak cerita hal sebenarnya’