Padah buat u-turn, kanak-kanak tercampak dari kereta

Padah buat u turn kanak kanak tercampak dari kereta

Padah buat u-turn, kanak-kanak tercampak dari kereta. Tular sebuah rakaman memaparkan kejadian seorang kanak-kanak tercampak keluar dari sebuah kereta ketika sedang membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat.

Kejadian tersebut telah disedari oleh pemandu kenderaan di belakangnya yang juga turut memberikan bantuan awal menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dengan mendukungnya.

Dalam pada itu, keluarga kanak-kanak terbabit bergegas mendapatkannya semula serta cuba menenangkan mangsa yang menangis.

Bagaimanapun, keadaan sebenar kanak-kanak tersebut masih belum dapat dipastikan.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai dan ada juga beberapa pengguna tampil memberi teguran kepada golongan ibu bapa untuk lebih peka terhadap keadaan anak-anak ketika berada di dalam kenderaan.

Padah buat u-turn, kanak-kanak tercampak dari kereta

“Mujur kereta belakang tak laju dan langgar, ibu bapa tolong awasi anak-anak dalam kereta, pastikan pintu kereta sentiasa dikunci, tingkap ditutup bagi elak kejadian sebegini berlaku,” kata seorang pengguna.

“Ada budak kecil kena selalu beringat, pintu kena sentiasa kunci, budak kecil suka duduk tepi pintu dan buka tolak pintu kereta, tanggungjawab ibu bapa pastikan keselamatan anak-anak,” tegur pengguna lain.

BACA:

Jemaah haji dari Malaysia ‘kantoi’ menipu tahap kesihatan, ada penyakit kronik

‘Move’ Jokowi bakal jadikan Indonesia kuasa baharu dunia?

Range Rover milik ‘influencer’ terkenal kena tarik selepas gagal bayar

CATEGORIES