Padah buat buih dalam kolam air pancut..

Padah buat buih dalam kolam air pancut..

Padah buat buih dalam kolam air pancut. Polis mengenal pasti dua suspek yang melakukan perbuatan khianat dengan menabur serbuk pencuci di dalam kolam air pancut di Tebingan Kuching, 12 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata berdasarkan imej yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV), seorang daripada dua suspek lelaki itu dipercayai warga asing.

Katanya, usaha sedang dijalankan bagi menjejaki dua lelaki terbabit yang dianggarkan berusia 30-an.

“Polis menerima dua laporan berhubung perbuatan vandalisme yang mencetuskan kebimbangan orang ramai yang terkejut melihat buih memenuhi kolam air pancut di lokasi tumpuan ramai di pusat bandar raya itu.

“Susulan laporan itu, polis kini menjejaki dua suspek itu yang sudah dikenal pasti,” katanya.

Padah buat buih dalam kolam air pancut..

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Berikutan perbuatan itu, kolam berkenaan dipenuhi buih dan menyebabkan beberapa peralatan air pancut itu mengalami kerosakan.

Sehubungan itu, beliau turut meminta kerjasama orang yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ‘pesta buih’ itu agar menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Bertanggungjawab Terhadap Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkata, perbuatan vandalisme terhadap pelbagai kemudahan di bandar raya ini menyebabkan DBKU menanggung kerugian RM332,000 sejak 2020 hingga Mei 2022.

“Antara perbuatan vandalisme yang berlaku ialah menabur serbuk pencuci ke dalam air pancut, memusnahkan penutup parit, papan tanda jalan, tempat duduk dan bumbung perhentian bas, lampu taman, lampu jalan, pokok dibakar, bangku di taman awam, tong sampah dibakar, kecurian bunga dan hiasan.

“Perbuatan tidak bertanggungjawab ini amat merisaukan kerana menjejas keindahan persekitaran bandar raya Kuching,” katanya.

Sehubungan itu katanya, perjumpaan khas antara pihak DBKU, pihak polis, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan pihak Dayacop Security diadakan bagi membincangkan dan mencapai kesepakatan dalam menangani isu vandalisme di kawasan yang menjadi sasaran utama pihak tidak bertanggungjawab.

BACA:

Tular video anak pendakwah terkenal berpeluk, bercium dengan kekasih

Ura-ura harga gula pula bakal naik, kos pengeluaran didakwa naik 30%

Lelaki ini cari sedang cari calon isteri yang boleh habiskan duit simpanannya

CATEGORIES